APABILA MENTERI SUKAN KURANG SEMANGAT KESUKANAN!

Menteri Belia dan Sukan - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Cadangan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menghantar skuad pelapis ke Sukan SEA Laos, Disember ini bukan sahaja kurang disetujui oleh kebanyakan persatuan sukan malah membelakangkan semangan kesukanan dan semangat setiakawan ASEAN.


Sukan dwitahunan itu yang diperkenalkan sejak tahun 1959 dahulunya dikenali sebagai Southeast Asian Peninsular Games dengan hos pertama oleh kota Bangkok. Pada tahun 1977, ketika edisi yang kesembilan sukan tersebut ditukar kepada South East Asian Games di mana negara kita menjadi tuan rumahnya.


Edisi ke dua puluh lima yang bakal berlangsung di Laos pada Disember ini memang mengundang elbagai persoalan misalnya pengguguran acara-acara yang mana negara kita berpotensi meraih pingat emas. Rasional penganjuran sukan ini ialah bagi merapatkan hubungan, kerjasama, persefahaman di kalangan negara-negara ASEAN.


Pemilihan acara sukan oleh sesebuah negara tuan rumah adalah hak dan perogratif mereka sebagai tuan rumah dan sudah tentu terdapat kecenderungan untuk mengenepikan acara sukan yang tidak mungkin menjadi lubuk emas mereka sebagai tuan rumah dan apabila Menteri Belia dan Sukan kita 'melatah' dan menganggap ia sukan yang 'kurang penting' maka apa rasionalnya bersukan tanpa semangat kesukanan yang jitu? Apakah sekadar menjadi Menteri tanpa penghayatan?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam tuan,sy kurang ambil perhatian mengenai sukan tanahair,tetapi di sekolah saya mengendalikan pasukan bolajaring sebagai penasihat. Semangat kesukanan mmg penting dan adalah tidak wajar bagi seorang menteri membuat cadangan seperti itu,.Saya sedih kerana tuan tidak respon terhadap impian saya..
Tanpa Nama berkata…
Menteri x sporting..
Tanpa Nama berkata…
yela menteri pun suruh antar pasukan plapis aje..apa la punya menteri, nak kena sergah ngan PM kot..
Tanpa Nama berkata…
salam tuan ks..mungkin menteri nak dedahkan pelapis supaya ada semangat utk berjuang demi negara kot..bak tarik rambut dr dalam tepung la..tepung tak selerak rambut pun tak putus..tapi tindakan menteri tu tak kena masa la..klau semua pelapis yang pergi hancus le..
Kalau ada acara galah panjang, boleh kita pakat2 geng blogger hntar wakil. Sampaikan cadangan pada pak menteri.
Tanpa Nama berkata…
dh namapun menteri sukan, tapi cadangannya x menggambarkan semangat sukan pun..apa la..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?