KAWALAN HARGA UNTUK SIAPA?

Jika kita ke pasaraya besar pada hari ini, kita pasti terserempak dengan jenama dalaman (in-house brand) pasaraya tersebut.  Lazimnya adalah barangan asas seperti minyak masak, minuman, dan pelbagai barangan lain.

Pasaraya besar pula mewujudkan jenama mereka sendiri bagi memberikan peluang kepada para pelanggan mereka untuk memiliki produk dengan harga yang lebih murah.  Pasaraya besar pula mengambil inisiatif untuk mengiklankan jenama mereka sendiri selain kos untuk membangunkan produk mereka untuk kekal kompetetif.

Namun lain pula ceritanya dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK), yang menetapkan harga siling bagi barang-barang kawalan misalnya ketika perayaan Aidil Fitri yang lalu, 18 barangan telah dikenalpasti dan ditetapkan harga siling.

Soalnya, apakah pasaraya besar tidak dibenarkan untuk menjual harga minyak masak di bawah harga yang ditetapkan iaitu RM13.35 bagi minyak masak bersaiz 5 Liter.

Bukankah lebih baik dan menguntungkan para pengguna jika KPDNKK hanya menetapkan harga siling dan tidak melakukan penetapan harga kerana kita percaya pasaraya besar sebenarnya mahu berlumba-lumba untuk menjual barangan jenama dalaman mereka dengan harga yang lebih murah. 

Adalah tidak masuk akal jika pasaraya besar seperti Tesco, Mydin, Giant dan sebagainya menghasilkan produk dan jenama mereka sendiri jika mereka tidak dibenarkan menurunkan harga untuk bersaing dengan jenama sedia ada.

Misalnya, minyak masak jenama dalaman Tesco mempunyai harga yang sama seperti minyak masak Saji, Buruh dan Pisau yang telah dikenali ramai oleh pengguna.  Pihak KPDNKK sepatutnya memberikan kelonggaran untuk pasaraya ini menentukan harga mereka sendiri khususnya bagi jenama dalaman mereka sendiri dengan hanya menetapkan harga siling sahaja.

Bayangkanlah jika minyak masak jenama Tesco boleh dijual RM1.00 atau RM2.00 lebih murah daripada harga kawalan.  Dengan cara ini, pengguna akan beroleh manfaat dan pasaraya besar juga akan dapat memberikan nilai tambah kepada para pelanggan mereka.

Matematiknya mudah, namun kekangan peraturan sedia ada untuk produk yang dikawal harganya haruslah dikaji semula bagi memberikan lebih keadilan bukan sahaja kepada para pengguna tetapi juga kepada pasaraya besar untuk membangunkan lebih banyak jenama dalaman mereka sendiri.

Pasaraya besar ini pula mempunyai program pembangunan produk mereka sendiri yang memberikan peluang kepada lebih ramai pembekal untuk turut serta dalam rantaian pembekalan mereka.

Mungkin telah sampai masanya bagi KPDNKK menggalakkan pasaraya besar bersaing secara sihat dan membuka ‘kunci penetapan harga’.  Melalaui kaedah ini harga ditentukan oleh pasaran melalui permintaan dan bekalan (demand and supply).

Dengan cara ini ianya akan memberikan lebih banyak ruang kepada para pengguna membuat pilihan, samada membayar harga premium untuk jenama sedia ada atau harga yang lebih rendah untuk jenama dalaman pasaraya besar ini.


Pada tahun 2015, KPDNKK haruslah lebih proaktif dan benar-benar mesra pengguna!
Share this article :
 

+ komen + 2 komen

Tanpa Nama
4 Januari 2015 7:05 PTG

sokong saranan tuan ks...

anep
4 Januari 2015 7:59 PTG

apakah ini muslihat kpdnkk untuk melindungi peniaga?

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger