K-POP, JAKIM & PROAKTIF UMNO!


Minggu lepas kecoh mengenai perlakuan segelintir wanita Islam di Malaysia yang ‘merelakan’ di pop oleh kumpulan penari Korea – K-Pop.  Malah video perlakuan menimbulkan bukan sahaja kegusaran kepada umat Islam Malaysia malah menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit.

Cerita K-Pop bukanlah sesuatu yang baru, dan jika tidak silap antara yang pernah membawa masuk kumpulan K-Pop yang menjadi fenomena seluruh dunia adalah Kementerian Belia & Sukan Malaysia di mana Perdana Menteri Datuk Sri Najib sendiri pernah menjadi tetamu kehormatnya, ketika himpunan jutaan belia beberapa tahun yang lalu.

Walaupun kemasukan artis luar negara tertakluk kepada pelbagai peraturan yang jelas, namun sekali lagi penganjur berjaya ‘memperdaya’ umat Islam di Malaysia dengan perlakuan tidak sengaja yang mengguris hati umat Islam.  Penganjur pula selepas ini akan memohon maaf beberapa kali dengan gaya Jepun dan umat Islam pula akan lupa selepas beberapa ketika.

Khabarnya selepas perlakuan yang mencemarkan umat Islam tersebar luas, pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) telah berusaha memanggil mereka yang terlibat untuk diberikan ‘nasihat’.  Jika tidak tampil secara sukarela, mereka akan diheret dengan perundangan sedia ada.  Bunyinya memang seronok untuk didengar, namun apa selepasnya hanya masa akan menentukan.

Adakah penganjur akan terlepas begitu sahaja, bukankah menjadi tanggungjawab penganjur untuk memastikan bahawa ia benar-benar mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

“Penganjur mesti memastikan bahawa artis yang membuat persembahan tidak melakukan sebarang aksi-aksi tidak senonoh atau membuat provokasi yang menyinggung sama ada menerusi kata-kata, gerak badan, isyarat atau perlambangan sewaktu persembahan. Penganjur juga mesti memastikan pakaian/fesyen artis-artis tidak menyentuh sensitiviti para penonton contohnya yang mendedahkan kelangkang, bahagian sulit atau payu dara bagi artis wanita.”

Dalam keadaan yang berlaku baru-baru ini, ia jelas melanggar garis panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) di bawah jurisdiksi Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia (KPKK).

Malah dari segi moralnya, Menteri yang berkenaan sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap agensi di bawahnya.  Ironinya, keangotaan Jawatankuasa Agensi Pusat (JK-Puspal) juga dianggotai oleh wakil daripada JAKIM, Polis, Imigresen serta pelbagai agensi lain.  Adakah mereka semua ini mempunyai moral untuk menerima tanggungjawab terhadap perlakuan oleh persembahan yang dilulus dan dikawalselia oleh mereka ini.

Dikhabarkan juga dalam laporan akhbar pihak penganjur enggan berkerjasama untuk membantu JAKIM bagi mengenalpasti wanita-wanita Islam yang terlibat dalam perlakuan mengaibkan itu.

Kerajaan melalui agensi-agensi sedia ada sepatutnya bertindak tegas untuk mengheret semua pihak khususnya penganjur dan melihat aspek perundangan yang boleh dikaitkan dengan ‘menggugat keharmonian umat Islam negara ini’ supaya menjadi pengajaran agar tidak ada lagi pihak yang memperlekehkan umat Islam di negara kita.

Apakah hanya JAKIM sahaja yang perlu bertindak, tidakkah penganjur boleh disabitkan dengan perlakuan jenayah.  Apakah tidak ada satu undang-undang yang boleh mengheret penganjur ke muka pengadilan yang jelas gagal mematuhi garis panduan JK-Puspal.

Khabarnya, UMNO telah mula menggerakkan jenteranya sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum yang ke-14.  Langkah proaktif UMNO patutlah dipuji kerana PRU-14 adalah cukup penting untuk talian hayat Barisan Nasional bagi terus mengekalkan majoriti dua pertiga.

Kepimpinan UMNO khabarnya telah mula mengatur sesi perjumpaan untuk mendengar sendiri daripada akar umbi.  Bagi UMNO akar umbi adalah penting demi kesinabungan parti itu.  Lain pula dengan parti yang melabel diri mereka Islam, yang seolah-olah memperlekeh suara akar umbi mereka.

Pemimpin negeri PAS, dikhabarkan mengungkapkan kenyataan ahli biasa dalam partinya tidak perlu dilayan.  Ini berikutan kenyataan Exco Pemuda PAS Pusat mengenai pencalonan Presiden pada pemilihan parti akan datang.

“Tidak perlu respon kenyataan dia.. siapa dia.. dia ahli biasa sahaja dalam Pas," 

Kalau beginilah layanan PAS kepada seorang pemimpin seperti Exco Pemuda PAS Pusat, bolehkah dibayangkan layanan kepada ahli yang tidak memegang sebarang jawatan.  Mungkin selepas ini para pemimpin seperti pemimpin tertinggi negeri boleh membuat kerja-kerja parti mereka sendiri tanpa bergantung kepada ahli biasa!

Samada K-Pop yang menggugah keharmonian umat Islam, JAKIM yang diperlekeh, PAS yang memperlekeh pemimpin kecilnya, dan UMNO yang proaktif menggerakkan jentera sebagai persediaan menghadapi PRU-14, rasanya para pemimpin samada dalam kerajaan mahupun  parti kesemuanya  mempunyai tanggungjawab moral dan sosial untuk dilihat tegas terhadap pihak-pihak yang cuba memperlekehkan agama Islam negara kita!

Mungkin selepas ini akan ada menteri yang meletakkan jawatan kerana isu K-Pop.

Selamat bermimpilah!



Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bolehka ameno dipersalahkan tuan ks?
SIS berkata…
tak payah cr siapa salah..perkara dah berlaku pun dan akan terus berlaku jika tiada tindakan...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?