K-POP, JAKIM & PROAKTIF UMNO!
Minggu
lepas kecoh mengenai perlakuan segelintir wanita Islam di Malaysia yang ‘merelakan’
di pop oleh kumpulan penari Korea – K-Pop.
Malah video perlakuan menimbulkan bukan sahaja kegusaran kepada umat
Islam Malaysia malah menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit.
Cerita
K-Pop bukanlah sesuatu yang baru, dan jika tidak silap antara yang pernah
membawa masuk kumpulan K-Pop yang menjadi fenomena seluruh dunia adalah
Kementerian Belia & Sukan Malaysia di mana Perdana Menteri Datuk Sri Najib
sendiri pernah menjadi tetamu kehormatnya, ketika himpunan jutaan belia
beberapa tahun yang lalu.
Walaupun
kemasukan artis luar negara tertakluk kepada pelbagai peraturan yang jelas,
namun sekali lagi penganjur berjaya ‘memperdaya’ umat Islam di Malaysia dengan
perlakuan tidak sengaja yang mengguris hati umat Islam. Penganjur pula selepas ini akan memohon maaf
beberapa kali dengan gaya Jepun dan umat Islam pula akan lupa selepas beberapa
ketika.
Khabarnya
selepas perlakuan yang mencemarkan umat Islam tersebar luas, pihak Jabatan
Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) telah berusaha memanggil mereka yang
terlibat untuk diberikan ‘nasihat’. Jika
tidak tampil secara sukarela, mereka akan diheret dengan perundangan sedia
ada. Bunyinya memang seronok untuk
didengar, namun apa selepasnya hanya masa akan menentukan.
Adakah
penganjur akan terlepas begitu sahaja, bukankah menjadi tanggungjawab penganjur
untuk memastikan bahawa ia benar-benar mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
“Penganjur mesti memastikan bahawa artis
yang membuat persembahan tidak melakukan sebarang aksi-aksi tidak senonoh atau
membuat provokasi yang menyinggung sama ada menerusi kata-kata, gerak badan,
isyarat atau perlambangan sewaktu persembahan. Penganjur juga mesti memastikan
pakaian/fesyen artis-artis tidak menyentuh sensitiviti para penonton contohnya
yang mendedahkan kelangkang, bahagian sulit atau payu dara bagi artis wanita.”
Dalam
keadaan yang berlaku baru-baru ini, ia jelas melanggar garis panduan Agensi
Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal)
di bawah jurisdiksi Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia
(KPKK).
Malah
dari segi moralnya, Menteri yang berkenaan sepatutnya bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap agensi di bawahnya. Ironinya,
keangotaan Jawatankuasa Agensi Pusat (JK-Puspal) juga dianggotai oleh wakil
daripada JAKIM, Polis, Imigresen serta pelbagai agensi lain. Adakah mereka semua ini mempunyai moral untuk
menerima tanggungjawab terhadap perlakuan oleh persembahan yang dilulus dan
dikawalselia oleh mereka ini.
Dikhabarkan
juga dalam laporan akhbar pihak penganjur enggan berkerjasama untuk membantu
JAKIM bagi mengenalpasti wanita-wanita Islam yang terlibat dalam perlakuan
mengaibkan itu.
Kerajaan
melalui agensi-agensi sedia ada sepatutnya bertindak tegas untuk mengheret
semua pihak khususnya penganjur dan melihat aspek perundangan yang boleh
dikaitkan dengan ‘menggugat keharmonian umat Islam negara ini’ supaya menjadi
pengajaran agar tidak ada lagi pihak yang memperlekehkan umat Islam di negara
kita.
Apakah
hanya JAKIM sahaja yang perlu bertindak, tidakkah penganjur boleh disabitkan
dengan perlakuan jenayah. Apakah tidak
ada satu undang-undang yang boleh mengheret penganjur ke muka pengadilan yang
jelas gagal mematuhi garis panduan JK-Puspal.
Khabarnya,
UMNO telah mula menggerakkan jenteranya sebagai persediaan menghadapi
pilihanraya umum yang ke-14. Langkah proaktif
UMNO patutlah dipuji kerana PRU-14 adalah cukup penting untuk talian hayat
Barisan Nasional bagi terus mengekalkan majoriti dua pertiga.
Kepimpinan
UMNO khabarnya telah mula mengatur sesi perjumpaan untuk mendengar sendiri
daripada akar umbi. Bagi UMNO akar umbi
adalah penting demi kesinabungan parti itu.
Lain pula dengan parti yang melabel diri mereka Islam, yang seolah-olah
memperlekeh suara akar umbi mereka.
Pemimpin
negeri PAS, dikhabarkan mengungkapkan kenyataan ahli biasa dalam partinya tidak
perlu dilayan. Ini berikutan kenyataan
Exco Pemuda PAS Pusat mengenai pencalonan Presiden pada pemilihan parti akan
datang.
“Tidak perlu respon kenyataan dia.. siapa dia.. dia ahli
biasa sahaja dalam Pas,"
Kalau beginilah layanan PAS kepada seorang pemimpin seperti
Exco Pemuda PAS Pusat, bolehkah dibayangkan layanan kepada ahli yang tidak
memegang sebarang jawatan. Mungkin
selepas ini para pemimpin seperti pemimpin tertinggi negeri boleh membuat
kerja-kerja parti mereka sendiri tanpa bergantung kepada ahli biasa!
Samada K-Pop yang menggugah keharmonian umat Islam, JAKIM
yang diperlekeh, PAS yang memperlekeh pemimpin kecilnya, dan UMNO yang proaktif
menggerakkan jentera sebagai persediaan menghadapi PRU-14, rasanya para
pemimpin samada dalam kerajaan mahupun parti kesemuanya mempunyai tanggungjawab moral dan sosial untuk
dilihat tegas terhadap pihak-pihak yang cuba memperlekehkan agama Islam negara
kita!
Mungkin selepas ini akan ada menteri yang meletakkan jawatan
kerana isu K-Pop.
Selamat bermimpilah!
Ulasan