MAHA YANG TERBAIK!
Ketika tulisan ini dimuatnaik, pameran agrotani dan indusri, Malaysian Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show (MAHA) 2014 baru sahaja melabuhkan tirainya. Pameran dwitahunan itu yang bermula pada 20 November yang lalu telah berlangsung di Pusat Pameran Pertanian Serdang (MAEPS) selama 11 hari. Sejak ianya dihidupkan semula dalam format seperti hari ini pada tahun 1999, pameran MAHA telah dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Agrotani pada skala yang besar. Pelbagai elemen telah disuntik bagi memastikan bahawa pameran ini akan mencapai sasaran penganjurannya. Sejak ianya ditukar kepada format seperti sekarang, MAHA telah dirasmikan oleh tiga orang Perdana Menteri yang dimulai oleh Datuk Seri Dr. Mahathir (kini Tun) merasmikan MAHA 1999 yang telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, pada 26 Ogos – 31 Ogos 1999. Selepas mengundurkan diri pada Oktober 2003, MAHA 2004, 2006 dan 2008 dirasmikan oleh Perdana Menteri yang keli...