SALAM HARI PEKERJA!
Selepas hampir lima dekad menghirup udara di bumi tuhan, saya telah melalui pelbagai fasa dalam kehidupan. Sebagai seorang anak kemudian menjadi bapa, sebagai seorang majikan kecil, menjadi pekerja, menjadi majikan dewasa di samping pernah memimpin sekumpulan pekerja di bawah saya. Benarlah kata orang, hanya jauhari mengenal maknikam. Tiada siapa pun yang dapat merasai jerit perih seorang pekerja jika tidak pernah melalui dan mengalaminya sendiri. Alam adalah sebaik-baik guru. Setiap kali tibanya 1 Mei, ingatan sebagai pekerja dan orang bawahan saya akan sentiasa mengisi kolam kenangan. Selama hayat meraikan hari pekerja tentulah ada sesuatu yang sentiasa menjadi impian saya, impian saya ialah mengharapkan agar para pekerja tidak lagi dianggap sebagai orang bawahan, tetapi haruslah dianggap sebagai ‘bos’ dan rakan organisasi. Pekerja sebagai bos bukanlah sesuatu yang mustahil. Di negara maju para pekerja merupakan aset bagi sesebuah organisasi....