TIADA ROTAN, AKAR PUN BOLEHLAH!
Malaysia ketandusan pemimpin pembangkang atau rakyat sudah benar-benar meluat kepada pemerintah sehingga apa sahaja yang disogokkan oleh pembangkang dianggap betul dan benar. Insiden terkini adalah apabila ADUN N25 Kajang Lee Chin Cheh tanpa alasan dan kewajaran yang munasabah mengosongkan kerusi DUNnya untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Kecil. Bagaimana seorang ADUN yang dipilih rakyat dengan begitu sahaja memilih mengosongkan kerusinya dengan alasan “untuk menguatkan parti”, dan Kerajaan pula terpaksa membelanjakan sejumlah wang bagi melaksanakan proses demokrasinya. Mungkin selepas ini pihak Suruhanjaya Pilihanraya harus lebih tegas terhadap pihak-pihak yang dengan ‘sengaja’ memilih untuk mengosongkan kerusi mereka tanpa alasan dan kewajaran yang munasabah. SPR, misalnya boleh mengenakan denda kepada parti bagi menampung kos pelaksanaan pilihanraya kecil yang perlu diadakan. ADUN N25 Kajang, Lee Chin Cheh telah mengosongkan kerusinya bagi memberi laluan ...