MENELANJANGI DUNIA KEGURUAN DALAM ‘SATTAI’


Saya kurang pasti sama ada saya memang ditakdirkan akan mengharungi dunia keguruan dalam salah satu fasa hidup saya dan juga hidup bersama seorang guru seperti yang saya lalui sekarang sejak 1993.  Tetapi realitinya, saya cukup tersentuh dengan dunia dan profesion keguruan.  Malah dalam tulisan saya lewat ruang ini, banyak juga aspek keguruan yang saya sentuh, terutamanya adab berguru.

Pada minggu lepas saya sempat menonton sebuah filem Tamil ‘Sattai’ (Cemeti/Rotan).  Sattai adalah filem mengenai guru, sekolah dan para pelajar.  Filem ini mengingatkan saya kepada filem-filem  mengenai dunia keguruan dan sekolah  To Sir With Love (1967) lakonan Sidneys Poitters, Dead Poet Society  (1989) lakonan Robin William dan Stand And Deliver (1988) lakonan Edward James Olmos.

Alam persekolahan tidak pernah sunyi daripada pelbagai cerita suka dan duka, kisah para guru dan pelajar sentiasa mampu menjadi bahan yang boleh digarap dengan sejujurnya.  Watak-watak dalam Sattai bukanlah sesuatu yang asing, watak Dayalan, seorang guru yang gigih, berwawasan dan dedikasi.  Watak guru seperti Singaperumal yang menganggap sekolah sebagai kepunyaan peribadinya mungkin sedikit sebanyak mengingatkan kita kepada peranan para pentadbir sekolah khususnya di sekolah kerajaan.

Singaperumal watak guru yang sangat menjengkelkan mengganggap sekolah adalah milik peribadinya, menghukum para pelajar yang ibu bapa mereka berhutang dengannya sesuka hati.  Menjadikan sekolah sebagai lubuk perniagaan haramnya. Ironinya selain  beberapa watak putih seperti Dayalan, Guru Besar dan seorang dua guru di sekolah tersebut, yang lainnya adalah watak hitam yang dilakonkan oleh watak-watak komedi yang seolah-olah memberikan gambaran mengenai kebobrokan sistem pendidikan, sama ada di India mahupun di negara kita. 

Watak utama 'Sattai' - Dayalan (Guru) & Palani (pelajar). Foto ihsan: India Everyday
Kekuatan Sattai adalah pada jalan cerita dan skripnya yang ampuh dan bukan pada glamor para pelakonnya.  Namun begitu lakonan mantap para pelakonnya terutama watak Singaperumal (pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi filem Mynaa (2010), sangat meyakinkan.
Seperti filem Tamil yang lain, kisah cinta di dalam Sattai digarap daripada perspektif anak-anak sekolah, cinta monyet dan nakal digambarkan begitu bersahaja, seperti meletakkan kamera dan membiarkan anak-anak sekolah seperti semulajadi.

Sattai adalah sebuah filem serius yang mahu mengajak kita merenung  peranan, tanggungjawab dan amanah seorang pendidik, rupanya kemelut dunia pendidikan pada masa ini adalah satu masalah yang universal sifatnya, katalah masalah sebuah sekolah di Kuala Pahang, misalnya  mungkin mempunyai persamaan dengan situasi sebuah sekolah di India misalnya.

Sattai adalah kritikan sosial terhadap sistem pendidikan yang memomokan pencapaian semata-mata, sinisnya ialah apabila guru dedikasi tidak mengendahkan ugutan guru daripada sekolah swasta yang mahukan kemenangan bagi menarik para pelajar belajar di sekolah mereka.  Watak utama pelajarnya adalah anak yang bermasalah kepada seorang guru di sekolah yang sama.

Sattai buah tangan pengarah pertama kali, malah pelakon yang memegang watak utama adalah seorang pengarah yang berkaliber.  Di negara kita, peluang yang diberikan untuk menjadi pengarah sering tidak mencapai apa yang diinginkan malah kadang-kadang amat mengecewakan, tidak sangat berusaha untuk memberikan sesuatu yang terbaik kecuali beberapa nama baru.

Menonton Sattai seolah-olah berada di alam persekolahan semula. Selama dua jam menyelusuri tidak terasa dengan gelagat anak-anak sekolah.  Sattai walaupun sebuah filem yang mengangkat permasalahan yang serius, namun watak-watak bersahaja di dalam filem ini baik watak guru dan muridnya memang menghiburkan seolah-olah refleksi apa sebenarnya di dalam kehidupan seharian kita.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
mcm best je..
SIS berkata…
sy masih ingat sebuah novel 'Tooto Chan Gadis Kecil Di Jendela'.. buku yang memberi idea2 tersendiri di dlm dunia keguruan..sy suka buka ini..
Tanpa Nama berkata…
aik citer keling pun tgk gak ke..
san berkata…
teringat drama cikgu limau kasturi
Tanpa Nama berkata…
siapa yang cakap india keling bodoh sial bapa engkau fuck dengan adik kau.belacan sial.kau akan mati langgar payu dara mak engkau semasa buat seks.melayu belacan!!! melayu fuckers!!!melayu bodoh!!!

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?