MALAYSIA TIDAK PERLU PEMIMPIN POLITIK BUTA RASA



Ngeh Koo Ham - Ahli Politik Buta Rasa!
Beberapa orang teman bukan Islam saya amat prihatin dengan beberapa insiden melibatkan kemarahan orang Islam terhadap penghinaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW seperti yang digambarkan di dalam filem The Innocence of Muslim.

Teman-teman bukan Islam saya adalah dari kaum India dan Cina yang telah begitu sebati dengan perjalanan dan sensitiviti terhadap agama Islam, makanya jika ada perdebatan mengenai sesuatu perkara, kami akan sama-sama mengelak hal-hal yang berkaitan dengan agama masing-masing walaupun setiap kali berjumpa nada teguran pembuka bicara adalah yang kasar bunyinya kerana teman saya yang dilabel ‘Cina Melaka’ itu.

Ketika umat Islam di seluruh dunia menunjukkan rasa tidak puas hati dan kebencian terhadap pembuat filem yang menghina umat Islam, ahli politik (maaf saya malu menyebut sebagai pemimpin) kita yang lahir, tinggal dan mendapat nikmat daripada persekitaran yang majoritinya bangsa Melayu umat Islam masih ‘buta rasa’ terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan agama Islam.

Kenyataan  ‘tweet’ oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham ''Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau keuntungan politiknya? Adakah umat Islam membuang begitu banyak masa dan tenaga untuk ini?,"  sebagai mengulas hasrat Ketua Pemuda UMNO untuk bergabung dengan Pemuda PAS memprotes filem yang menghina umat Islam.

Adakah beliau lupa bahawa kaum Cina juga bergabung dengan parti-parti kaum Cina yang lain di samping dengan badan-badan bukan Kerajaan yang memperjuangkan kepentingan kaum Cina di negara ini, adakah itu dianggap sebagai mencari keuntungan politik? 

Pernyataan  yang biadap daripada beliau tentang tindakan umat Islam yang dikatakan ‘membuang banyak masa dan tenaga’ sepatut tidak keluar daripada seorang pemimpin yang matang dan faham persekitaran amalan politiknya.

Rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan toleransi beragama yang tinggi   sepatutnya menolak ahli politik ‘buta rasa’ seperti Datuk Ngeh Koo Ham kerana sifat dan sikap memperlekeh umat Islamnya.  Kenyataannya satu lagi bukti bagaimana ahli politik sepertinya bersifat biadap, tidak hormat dan tidak sensitif dengan umat Islam di negara ini.

Malah Pakatan Pembangkang yang disertai oleh PKR, PAS dan DAP sepatutnya lebih berhati-hati memilih calon pemimpin, yang faham aspirasi umat Islam di Malaysia dan bukan ahli politik ‘buta rasa’ seperti Pengerusi DAP Perak.

Sebagai ahli politik DAP Perak yang dianugerahkan gelaran ‘Datuk’ oleh Istana Perak, tindak tanduknya sama sekali bertentangan dengan semangat seorang rakyat Malaysia yang jelas dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan, maka amatlah wajar tulisan ini memohon kepada pihak Istana Perak menimbangkan semula gelaran dan darjah kebesaran yang telah dianugerahkan kepada beliau, semoga menjadi pengajaran kepada ahli politik yang lain supaya lebih beradab, dan celik rasa!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
patut ditarik balik gelaran Datuk nya..
Tanpa Nama berkata…
patut ditarik balik gelaran Datuk nya..
SIS berkata…
hahaha...setuju sgt si Ngeh tu kepala dia dok di bawah ( lebih sesuai di kaki)...
ct bayu berkata…
tahniah tn ks..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?