HUKUMAN ALTERNATIF PEROGOL – ISYARAT YANG SALAH?


Seorang rakan rapat yang saya temui dalam sebuah majlis yang mengamalkan poligami (ikut sunnah Nabi katanya) murung wajahnya. Dia seorang usahawan Muslim yang berjaya dan masalah kewangan bukanlah sesuatu yang merungsingkannya. Setahu saya dia berkeluarga besar dengan tiga orang isteri dia mempunyai 18 orang anak dan 15 daripadanya adalah anak perempuan dari usia 22 hingga 3 tahun.

Namun kemurungannya memang berasas, sekurang-kurangnya dua kes rogol bawah umur yangjelas dilakukan oleh sipelaku, namun terlepas daripada hukuman penjara malah dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik selama 5 tahun.  Sebagai seorang bapa, mempunyai anak lelaki mahupun anak  perempuan tanggungjawab melindungi dan mendewasakan adalah satu tanggungjawab yang sukar namun wajib dipenuhi.

Tulisan ini tidak bermaksud mempertikaikan keputusan mahkamah kepada si pesalah, namun apa yang dikesalkan ialah keputusan-keputusan seperti ini menghantar isyarat yang salah kepada masyarakat umum.  Yang lebih menarik ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat kini dipangku oleh Perdana Menteri selepas menteri terbabit terlibat di dalam ‘skandal lembu’, seolah-olah kurang ‘rasa’ terhadap perkembangan terbaru ini.

Kes pertama membabitkan seorang pemain boling yang mewakili negara yang memperdaya seoranggadis bawah umur (mungkin peminatnya) berusia 13 tahun 4 bulan, mendaftar masuk ke hotel, melakukan hubungan seks secara sukarela dan kemudian menyerah diri kepada polis apabila bapa si gadis bawah umur itu membuat laporan polis berdasarkan catatan diari si gadis tersebut.

Kes keduayang dilaporkan seminggu selepas itu pula membebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik sama seperti yang dialami oleh pesalah kes pertama, namun kes ini melibatkan seorang juru teknik  yang dikatakan mempunyai masa depan yang cerah. Gadis bawah umur yang dilaporkan ialah seorang gadis yang masih bersekolah di Tingkatan Satu dan berusia 12 tahun 10 bulan.

Yang terbaru ialah apabila tujuh lelaki yang dibebaskan dan dilepaskan oleh mahkamah seksyen di Johor Bahru daripada tuduhan merogol seorang gadis berumur 16 tahun di sebuah hotel pada tahun lalu, selepas pihak pembelaaan berjaya menimbulkan kes melampaui keraguan munasabah.

Tulisan ini tidak mempertikaikan kes ini kerana tidak seperti dua kes yang jelas di mana si pelakunya mengaku melakukan kesalahan malah dalam kes kedua, pesalah melakukan perkara yang sama pada keesokkan harinya.


Sebab yang diberikan oleh para hakim dalam memutuskan untuk mengekalkan bon jaminan RM25,000 dan berkelakuan baik selama lima tahun dengan alasan pemain boling tersebut mempunyai masa depan yang cerah.  

Namun apa yang sepatutnya dipertikaikan ialah jika seorang pemain boling yang telah mewakili negara dengan segala rejim latihan mental dan fizikal mampu bertindak sepertiitu, tidakkah pemuda seperti pemain boling itu harus menerima hukuman setimpalnya bagi memberikan pengajaran kepada semua pemuda di luar sana khususnya yang terlibat dengan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Mujurlah hal ini berlaku dalam negara dan kepada rakyat negara ini, apa kata jika sipemain boling seperti pemuda itu memperdaya seorang gadis bawah umur di luar negara dan mengalami tuduhan seperti sekarang? 

Saya percaya setiap mereka yang terlibat di dalam sukan sama ada sebagai pemain mahupun pentadbir sukan tentulah tidak mahu seorang ‘perogol’ berada di dalam kelompok mereka.  Sepatutnya undang-undang tidak mengambil kira kedudukan seseorang hatta si pemain boling yang dikatakan telah berjasa kepada negara. 

Dengan melepaskan si pemain boling dengan hanya mengenakan bon jaminan ia seolah-olah memberikan pengecualian dan membawa pengertian bahawa undang-undang sedia ada tidak mampu memberi  jaminan keamanan dan keselamatan seperti yang dibimbangi oleh rakan saya yang mempunyai 15 orang anak perempuan.   Bahkan, apa yang dilakukan oleh si pemain boling tersebut sebenarnya telah mencemarkan imej sukan negara.   

Seperti yang dipertikaikan oleh banyak badan bukan kerajaan yang mewakili kepentingan kaum wanita, membuat hubungan seks dengan gadis bawah umur (tidak kira secararela) adalah dianggap ROGOL titik.

Ulasan

siti berkata…
setuju sngat...
Tanpa Nama berkata…
malaysia boleh..
karim berkata…
trend yg membimbangkan
SIS berkata…
hukum Islam sahaja yg adil...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?