BAJET 2013 & HARAPAN RAKYAT KECIL


Kurang 30  jam, Belanjawan 2013 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, yang akan menjadi pembentangan kali keempat selepas menerajui negara pada 2009.  Seperti pembentangan saban tahun, pembentangan ini adalah tidak sama dengan tahun-tahun sebelumnya kerana bahang pilihanraya sedang hangat menguasai bumi Malaysia.

Setiap tahun belanjawan akan dilabel sebagai belanjawan rakyat, seingat saya tidak sekali pun pembentangan belanjawan dikritik oleh pemimpin Kerajaan, namun tidak dengan pihak pembangkang yang akan memberikan pelbagai label, lebih-lebih lagi ketika menjelang Pilihanraya Umum 13.

Walaupun belanjawan yang disediakan telah melalui proses penyediaan dan perbincangan yang teliti, namun adalah mustahil untuk memuaskan setiap segmen masyarakat di negara kita.

Pembentangan belanjawan juga akan menjadi medan memenuhi tuntutan pihak-pihak yang berharap sesuatu daripada belanjawan yang dibentangkan.  Golongan penjawat awam misalnya melalui CUEPACS telah mengemukakan 6 tuntutan dan paling hangat diperkatakan adalah mengenai bonus kepada kakitangan awam.  Badan induk penjawat awam itu menuntut bonus dua bulan gaji daripada  pihak Kerajaan.

Selain itu, CUEPACS juga menyarankan Kerajaan menyambung kontrak lebih 45,000 penjawat awam yang sedang berkhidmat secara kontrak yang akan tamat tempoh perkhidmatan mereka pada penghujung Disember ini.

Ironinya saya tidak terlibat sebagai penjawat awam, namun kesan sebagai penjawat awam sangat terasa memandangkan teman-teman yang hampir dengan saya adalah penjawat awam, malah apa yang bakal diumumkan oleh Kerajaan lewat Belanjawan 2013 akan memberikan impak bukan sahaja kepada 1.4 juta penjawat awam tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Jika ditanya kepada saya sebagai orang kecil, tentulah senarai untuk dipenuhi akan menjadi sangat panjang, namun dengan kemelut ekonomi dunia yang tidak begitu memberangsangkan adalah mustahil untuk memberikan banyak insentif.
Harga barangan sebenarnya dipengaruhi oleh harga pasaran dunia, komoditi seperti minyak yang disubsidi oleh Kerajaan, tentulah amat sukar untuk dikekalkan atau diturunkan jika pasaran harga minyak dunia melonjak naik, saban hari.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan Perdana Menteri yang meletakkan kepentingan rakyat melalui slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan (pedulilah jika ia sekadar ucapan), pelbagai ‘transformasi’ telah dilaksanakan, malah pemberian pelbagai bentuk bantuan seperti BR1M, BB1M dan BP1M (sekadar beberapa contoh), namun sama ada pihak kerajaan sedar bahawa kesemua ini hanyalah bersifat sementara, apalah maknanya jika bantuan RM500, RM200 dan RM100 bagi setiap anak persekolahan diberikan jika harga barang semakin hari melonjak, begitu juga prasarana kawalan kerajaan seperti tol masih menjadi beban walaupun telah lebih dua dekad menjadi ‘lintah penghisap darah’.

Bukankah lebih baik, hal-hal yang mendasar seperti mengekang kenaikan tarif air, elektrik dan tol bagi menjamin rakyat terus menikmati kemakmuran negara daripada memberikan bantuan satu masa seperti BR1M, BB1M dan BP1M?

Sebuah kerajaan yang meletakkan kepentingan rakyat akan terus dikenang bukan sahaja kerana usaha-usaha merakyatkan ekonomi, tetapi tidak mereka peluang-peluang baru bagi ‘mengaut’ duit rakyat misalnya melalui pembinaan jalan berTOL, pengenalan sistem penguatkuasaan automatik (AES)  seperti yang sedang diperkenalkan sekarang.

Walauapapun, seusai pembentangan belanjawan apa yang bakal kedengaran adalah pujian melambung kepada pihak kerajaan kerana belanjawan rakyat, belanjawan mesra rakyat, dan sebagainya. 

Mungkinkah belanjawan ini menjanjikan kelainan, akan terjawab pada 28 September nanti bermula jam 4.00 petang.  Selamat melabel belanjawan!

Ulasan

tok berkata…
gaji naik bonus dapat..
Tanpa Nama berkata…
bagila duit bnyak2..
peneroka g3 berkata…
apa pula warga felda dpat kali ini..
SIS berkata…
pernah dengar kata2 ini 'jika kita ingin memuaskan hati semua orang , kita akan musnah'..smoga untuk mencapai rakyat yang berpendapatan tinggi tercapai...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?