BULI JALANAN DI NEGARA BERADAB?

Saya hampir tidak percaya apabila membaca berita bagaimana seorang rakyat Australia (asalnya rakyat Malaysia) dibunuh begitu kejam dipercayai oleh pembuli jalanan. Motif pembunuhan dipercayai Keganasan jalan raya.

Mohd Shah Saemin, 43 yang telah lebih sepuluh tahun menetap di Australia dan memiliki kewarganegaraan di sana, sejak tiga tahun lalu menjadi pemandu di Jabatan Penuntut Malaysia, khabarnya mati akibat ditikam dan dibelasah dengan tukul di Sydney.

Ketika kita masih meraba-raba mencari penyelesaian kepada masalah Mat Rempit di jalanan kita yang masih ddianggap negara membangun, peristiwa di sebuah negara maju melibatkan rakyat kita tentulah amat menyedihkan.

Sebilangan ahli Parlimen Australia yang minggu lepas dikecam kerana meminta supaya tuduhan ke atas seorang pesalah liwat digugurkan malah begitu biadap mencampuri urusan perundangan dalam sebuah negara berdaulat dan kononnya beradab telah meragut nyawa seorang rakyatnya akibat peristiwa buli jalanan ini.

Saya bukan tidak sedih tentang apa yang telah berlalu malah merasa amat terkilan bagaimana seorang boleh mengakhiri hidupnya dalam keadaan tragis semacam ini. Memanglah ajal dan maut ketentuan Ilahi, tetapi bak kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, saya masih memilih untuk tinggal di bumi bertuah ini.

Kepada Ahli-ahli Parlimen Australia yang membuat tuntutan tidak masuk akal, satu sahaja nasihat saya: CERMINLAH DIRI ITU DAHULU SEBELUM MENCAMPURI URUSAN NEGARA LAIN.

Nota Kaki: Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Shah Saemin, semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin.

Ulasan

anip berkata…
Apa majunya tuan, kalau dah ganas cam tu
sarip dol berkata…
potret negara maju
haji manap berkata…
manusia di mana-mana sama, tidak kira negara maju atau membangun, tidak kira beradab atau tidak..
talkum berkata…
Berita terkini: Rupanya arwah dibunuh kerana motif cemburu dan wanita yang dikatakan kekasihnya juga turut ditahan sekarang. Arwah bukan lagi rakyat Malaysia tetapi rakyat dan warga Australia.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?