DEMO & FLIP FLOP...



(Gambar Hiasan - Demonstrasi di Malaysia)

Saya agak keliru akhir-akhir ini. Pelbagai peristiwa manis dan pahit berlaku (bukan bersifat peribadi) di dalam negara yang menggangu lena saya. Krisis politik di Perak yang masih belum menemui jalan penyelesaiaan malah menjadi semakin kusut, tetapi seperti tanggapan saya, yang paling beruntung ialah Kementerian Pelancongan yang mendapat promosi percuma bagi negeri Perak, dan kini ditambah pula satu lagi 'mercu tanda' pelancongan negeri – plak tempat berlangsungnya Sidang DUN Negeri Perak di bawah pokok pada 3 Mac 2009.

Budaya demonstrasi pula seakan telah diterima pakai sebagai satu wadah untuk menyampaikan pandangan dan ketidakpuasan hati pelbagai pihak (sekurang-kurangnya itulah tanggapan masyarakat umum) – penentang dasar PPSMI, penentang perlantikan Menteri Besar oleh Sultan, penentang ungkapan 'celaka' oleh Ahli Parlimen, nelayan yang menuntut geran tanah, peraih ikan yang di'paksa' menggunakan kotak ikan, menentang kenaikan harga minyak, kenaikan harga tol dan pelbagai isu nasional mahupun setempat.

Setiap demonstrasi yang dilaksanakan seolah-olah sebagai usaha terakhir dan tidak mungkin dapat dilaksanakan melalui kaedah permuafakatan dan perbincangan malah sebuah pertubuhan bukan Kerajaan yang mengungkapan 'permuafakatan' dalam nama pertubuhannya pun memilih untuk berdemonstrasi – saranan saya nama pertubuhan itu patut dikaji semula!

Yang anehnya Kerajaan yang telah mempunyai 'track record' yang cemerlang memacu negara selama lebih 50 tahun berterusan-terusan membuat keputusan tanpa mengambil kira keresahan dan kegelisahan rakyat (sekurang-kurangnya dalam beberapa keputusan akhir-akhir ini – kenaikan tol yang kemudian ditangguhkan (baca:ditangguhkan bukan dibatal) dan penggunaan kotak ikan berinsulasi tinggi. Malah dalam dua keputusan ini Kerajaan dan agensi Kerajaan gagal mendengar dan mengambil kira pandangan rakyat dan akhirnya mengambil keputusan mengkaji semula keputusan ini.

Memanglah satu langkah yang cemerlang dan mulia melakukan kajian-kajian ini tetapi bukankah lebih manis dan negarawan sekiranya pandangan ini diperhalusi sebelum membuat sesuatu keputusan bagi mengelakkan Kerajaan di label sebagai 'flip-flop'!

Catatan Kaki: Konsep permuafakatan semakin terpinggir dan seakan dilupakan, namun seperti berlaku jujur saya masih mendakap amalan permuafakatan dalam kehidupan seharian dan meletakkan di tempat yang paling utama dalam kehidupan saya!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..muafakat membawa berkat...suara rakyat kian terpinggir..suara politikus yang ada agenda lain ..itulah punca...akhirnya rakyat yang merana...rakyat dah bangkit dah..
Tanpa Nama berkata…
Salam tuan, saya setuju dgn tuan sbb budaya demo telah menular dalam masyarakt kita. Rasanya saya pun ingin ber'demo' kerana gagal menarik perhatian tuan..
Tanpa Nama berkata…
ustazah nak angkat sepanduk jugak ke..??,,apa yang ustzh nak tulus kat sepanduk tu..
Tanpa Nama berkata…
hebat tuan ks, ada peminat nak demo lak pulak.ilmu apa tuan pakai, saya usha2 x dpt pun si ustazah 2..
Tanpa Nama berkata…
woi komen la pasal artikel yg tuan tulis dlm blog ni,bukan pasal sipenulisnya..nak kena sekeh si ustazah..ajak kahwin kang baru tau..tulisan yang patut dibaca oleh Kejaan..
Tanpa Nama berkata…
Salam tuan, Kerajaan BN akan bungkus dan masuk keranda jika gagal menyelami hati nurani rakyat..
Tanpa Nama berkata…
ini lah padahnya kalau amanah diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tiada lagi keberkatan dalam kepimpinan, rakyat mula jauh dari petunjuk, pemimpin jadi tamak, ulamak ussu' mula mendapat tempat, u all lihatlah akan datang ni ,manusia akan tercari-cari siapa yang mampu membaca talqin untuk jenazah ibunya,
inilah corak kerajaan sekarang yang cuba membelakangkan ciri pemerintahan uluhiyyah dan rubbubiyyah, akibatnya demo dipraktikkan kerana dewan rakyat dan parlimen bukan lagi medan untuk suara rakyat, so siapa yang harus dipersalahkah sultankah, hang tuahkah ,hang jebatkah atau bendahara?

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?