HARI AIDS SEDUNIA - KHUTBAH JUMAAT

(Petikan Khutbah Jumaat - 28 Nov 2009, teks disediakan oleh JAKIM) Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah kita semua memperkasakan takwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya di dunia dan di akhirat. Sempena dengan sambutan Hari AIDS Sedunia pada 1 Disember 2008 ini, maka mimbar ini akan membicarakan khutbah bertajuk "ISLAM PRIHATIN PADA HIV/AIDS". Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, AIDS ialah Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit yang disebabkan oleh virus HIV melalui pelbagai cara seperti perhubungan seks, perkongsian jarum suntikan dan pemindahan darah. Mereka yang dijangkiti HIV positif dikatakan pesakit AIDS. Di Malaysia, kes pertama HIV/AIDS dikesan pada tahun 1986, dan sehingga 2007 terdapat seramai 80,938 orang pembawa HIV dan 13,635 orang penghidap AIDS direkodkan. Sehingga kini...