KISAH TEKSI!


DI tengah kemelut tentang sikap dan perangai setengah pemandu teksi, hari ini saya berkesempatan menggunakan perkhidmatan teksi di ibu kota. Cerita-cerita ngeri mengenai pemandu teksi samada yang tidak menggunakan meter, mengenakan bayaran luar biasa dan keengganan untuk mengambil penumpang adalah lumrah dewasa ini. Kisah pemandu teksi bernama Sham adalah cerita biasa dalam kelompok pemandu teksi khususnya di ibu kota, beliau memandu teksi secara sepenuh masa, dengan kenaikan harga minyak dan sewaan teksi saban hari, Sham mungkin
Sdr. Sham dengan teksi sewaannya!
mampu membawa pulang kurang daripada RM50.00 sehari, mujurlah isterinya berkerja! Keinginanannya hanya satu untuk memiliki permit teksi sendiri, mana mungkin kerana syarat dan peraturan LPKP yang begitu mencengkam, namun begitu dia akan terus berusaha untuk mendapatkan permit teksinya sendiri. Hari ini saya percaya ramai lagi pemandu teksi seperti Sham yang punya impian untuk memiliki permit teksi sendiri. Mungkin YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato' Noh Omar dapat melonggarkan permohonan permit teksi individu dengan mengambil kira pemandu-pemandu teksi yang tulin seperti Sham. Saya percaya di luar sana lebih ramai pemandu teksi seperti Sham.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Malaysia ku yang malang..berkerajaankan BN (Barang Naik)
Noh bin Haji Omar berkata…
"(Mungkin YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato' Noh Omar dapat melonggarkan permohonan permit teksi individu dengan mengambil kira pemandu-pemandu teksi yang tulin seperti Sham.)"

Terima kasih krn di atas kepekaan saudara terhadap isu semasa. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merespon kepada perenggan di atas.

Untuk makluman kaki sakat dan Bloggers semua,

Kerajaan Barisan Nasional sgt prihatin terhadap setiap masalah yg dihadapi rakyat.

Sehubungan itu,
saya melalui kementerian saya telah pun menghantar kertas kabinet mengenai isu ini dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun yang lalu telah meluluskan cadangan untuk membuka semula permohonan lesen teksi kepada individu secara berperingkat-peringkat.

Pengeluaran 3,000 lesen kepada pemandu individu akan memberi peluang kepada pemandu-pemandu tulen (genuine) memiliki lesen sendiri dan dapat mengurangkan persepsi negatif mereka terhadap Kerajaan.

Beberapa kriteria khas akan dipertimbangkan bagi permohonan ini. Antaranya :

i. warganegara Malaysia;

ii. berumur tidak melebihi 60 tahun pada tarikh memohon;

iii. pemohon mestilah ahli kepada pertubuhan yang berkaitan dengan pengangkutan awam teksi (koperasi atau persatuan);

iv. menjalani kursus anjuran MECD;

v. bebas daripada kes jenayah dan penyalahgunaan dadah serta tiada tunggakan saman lalulintas;

vi. mempunyai kesihatan yang baik dan diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan berkala setiap tahun; dan

vii. bersedia mematuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh MECD.

Bolehlah berkunjung ke blog saya
- nohomar.blogspot.com - untuk mendapatkan maklumat-maklumat lain.Terima kasih.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?