NELSON MANDELA, TUAN SEORANG LAGENDA!
Seingat saya antara buku awal
yang saya beli secara online selepas diterima menjadi ahli American Book Club adalah buku Long
Walk to Freedom dan sebuah lagi buku mengenai pemimpin komunis, Mao Tse
Tong.
Nelson Mandela, mantan Presiden
Afrika Selatan. Walaupun jangkahayat
beliau menduduki kerusi presiden tidaklah begitu lama, namun impak yang
ditinggalkan oleh beliau amat ketara kerana beliau merupakan presiden daripada
kalangan kulit hitam yang pertama.
Selain menjadi warga kulit hitam
yang pertama memegang tampuk pemerintahan sebagai Presiden Afrika Selatan dari
tahun 1994 hingga 1999, beliau juga adalah presiden pertama terpilih daripada proses
pilihanraya di negaranya. Fokus utama
Nelson Mandela ketika menjadi Presiden adalah melupuskan legasi apartheid yang mencengkam begitu kukuh
di benua Afrika.
Sungguhpun pernah menjalani
hukuman penjara selama 27 tahun kerana penglibatannya dalam memperjuangkan
nasib rakyat sehingga dituduh berkonspirasi untuk menggulingkan kerajaan dan
dipenjarakan pada tahun 1962,namun semangat dan iltizam untuk menyatukan rakyat
Afrika Selatan tidak pernah luntur sehingga ke akhir hayatnya.
Dengan kemenangan African National Party (ANC) yang
dipimpinnya, beliau terpilih menjadi Presiden Afrika Selatan dan membuka
lembaran baru dalam isu-isu apartheid.
Semasa hayatnya, sungguhpun
dipenjara satu perempat daripada hidupnya, beliau menerima lebih daripada 250
anugerah terhadap usaha beliau dalam memupuk keamanan sejagat, di samping
Hadiah Keamanan Nobel yang diterimanya pada tahun 1993. Beliau menolak untuk penggal kedua daripada
menjadi Presiden dan memberikan laluan kepada Naibnya.
Nelson Mandela selepas bersara
daripada politik menumpukkan kepada kerja-kerja kebajikan, usaha pencegahan HIV/AIDS serta membanteras
kemiskinan melalui Yayasan Nelson Mandela.
Nelson Mandela bukanlah sosok
yang mudah kalah, demikian coretannya dalam buku autobiografinya, The Long Walk to Freedom. Walaupun telah dipenjara begitu lama, beliau
tidak pernah berdendam dan melakukan ‘witch
hunt’ terhadap mereka yang bertanggungjawab untuk menghumbannya dalam
penjara.
Dunia menangisi kematian Nelson
Mandela, sosok yang tidak akan muncul begitu lagi apatah dengan sifat dan sikap
keprihatinan terhadap aspek kesaksamaan sosial, agihan kekayaan yang
menyeluruh, kemanusiaan dan perdamaian malah seorang negarawan keamanan yang
sukar dicari ganti.
Tuan Nelson Mandela, Tuan adalah
seorang lagenda! Selamat bersemadi dengan
aman.
Ulasan