PAKSI TAK MENYALAK KEPADA BUKIT - JAWAPAN KEPADA TULISAN MSO
Dinsman (Harakah 406, 28/10) Paksi tak menyalak kepada bukit Terima kasih Mohd Sayuti Omar kerana segera memberi respon kepada majlis Dialog Budaya Bersama Pimpinan PAS yang berlangsung di Hotel de Palma Shah Alam 20 Oktober. Tulisan berjudul “Paksi menyalak kepada orang yang jadi ‘bukit’” dalam blognya 22 Oktober dirujuk. Paling menarik perhatian dalam tulisan Sayuti itu ialah ungkapannya “menyalak kepada orang yang jadi bukit”, dan “salakan kepada manusia politik yang sudah menjadi bukit”. Tentulah yang dimaksudkannya ialah para pimpinan tertinggi PAS yang hadir pada malam Dialog Budaya itu. Apakah para pimpinan tertinggi PAS itu adalah “manusia politik yang sudah menjadi bukit”? Saya sebenarnya tidaklah pernah terfikirkan begitu. Dan saya pun tidak pernah menganggap atau memahami bahawa ucapan saya pada malam itu adalah umpama ‘salakan’ atau ‘(anjing) menyalak’. Tetapi kalau mengikut Sayuti, nampaknya begitulah yang dimaksudkannya – bahawa para pimpinan tertinggi ...