DUN ANGKAT MENTERI BESAR

Biarlah saya berterus terang, saya tidak pernah menyukai mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan, sungguhpun tidak pernah saya temui secara fizikal. Namun mendengarkan cerita-cerita daripada teman-teman sudah cukup membuatkan saya meluat dengan sikap dan kaedah perhubungan awam yang dianggap ‘bossy’ . Mungkin senang sahaja bagi sesiapa melabel saya sebagai prejudis. Gambar ihsan: pondoktauhid.blogspot.com Tan Sri Azizan mengemudikan Kedah sebagai Menteri Besar yang ke-sepuluh selepas PAS memenangi majoriti kerusi DUN di Kedah dalam Pilihanraya Umum ke-12, dalam apa yang dilabelkan sebagai ‘tsunami politik’. Keunikan pentadbiran Tan Sri Azizan, mantan ahli akademik yang menceburkan diri dalam politik sebenarnya membuka mata pelbagai pihak, apa tidaknya hubungan beliau dengan persatuan nasional yang dikaitkan dengan Kerajaan bukanlah rahsia. Tanyalah siapa sahaja dalam dunia penulisan tentang bagaimana beliau memberikan ruang...