SANDIWARA OH SANDIWARA!


Ketika semua pihak menumpukan usaha menikmati ‘sandiwara’ naskhah dan arahan ameno di Lahad Datu, tiba-tiba sebuah skrip lama yang terperap begitu lama dan menjadi kes mahkahmah kini diisytihar pula sebagai satu ‘konspirasi’.

Istilah konspirasi nampaknya lebih intelektual berbanding istilah drama dan sandiwara yang digunapakai untuk merujuk kepada insiden di Lahad Datu.  Walaupun Tian Chua dikecam hebat kerana merujuk insiden Lahad Datu sebagai satu sandiwara, namun sebagai seorang yang biasa-biasa dan tidak mempunyai sebarang kepentingan politik, mungkin dakwaan ini ada kebenarannya.

Malah ketika sesi teh tarik di pinggir ibu kota, penduduk sebuah perkampungan yang dikenali sebagai penyokong kuat parti yang melaungkan ‘tradisi membela rakyat’ dan kini sibuk menjaja ‘janji ditepati’ juga dikecam hebat ekoran insiden di Lahad Datu.  Antara yang dipertikaikan adalah mengapa pihak tentera menjadi lapisan kedua berbanding polis apabila perairan negara dibolosi dan diceroboh.

Secara peribadi, ada juga kebenaran daripada pertanyaan ini yang dilontarkan oleh penduduk kampong yang masih setia bersama parti ‘tradisi membela rakyat’.  Dakwaan Menteri Dalam Negeri, yang mengatakan bahawa lebih 100 orang berpakaian lengkap tentera dan bersenjata bukan pengganas tetapi sebenarnya adalah penyokong kesultanan sulu juga menjadi bahan lawak yang segar.

Sesi teh tarik saya menjadi sangat menakutkan apabila seorang penduduk yang menongkat motosikalnya tiba-tiba menyampuk memarahi teman-temannya yang mempertikaikan pendirian si Menteri tersebut dengan bersungguh-sungguh, saya hampir sahaja mahu meninggalkan warung tersebut, namun terencat apabila teman yang marah-marah tadi sebenarnya ‘memperlekehkan’ menteri yang menjaga urusan dalam negeri sehingga semua mereka ketawa berdekah-dekah sambil mengangkat tangan kepada saya dan memberi isyarat bahawa tadi sebenarnya dia bergurau!

Mereka juga sependapat mengatakan bahawa menteri tersebut yang kononnya mendapat maklumat daripada risikan oleh para pegawainya sepatutnya berani ‘menggantung tugas’ para pegawai yang memberikan maklumat risikan kepadanya.  Namun jika komen tersebut adalah kerana ‘rasa bijak pandai’ si menteri tersebut, sepatutnya beliau patut mengundurkan diri kerana menyebabkan sekurang-kurangnya lapan nyawa yang tidak berdosa menjadi korban.

Hari ini, kita dikejutkan pula oleh dakwaan bapa mangsa liwat yang dikaitkan dengan ketua pembangkang bahawa segala dakwaan liwat yang dilontarkan kepada ketua pembangkang itu sebenarnya adalah konspirasi dua orang pegawai Perdana Menteri.  Dakwaan ini kelihatannya sangat serius sama seperti dakwaan oleh penyiasat persendirian Bala, yang kini giat menyampaikan ceramah di pentas pembangkang.

Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mendakwa anaknya diperguna oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tujuan mengheret Anwar yang dibebaskan oleh mahkamah atas tuduhan liwat pada 9 Januari 2012 yang lalu.

Dakwaan melibatkan pegawai Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri yang pertama oleh saudagar karpet, Deepak Jaikishan, penyiasat persendirian Bala dan terkini oleh bapa mangsa liwat yang dikaitkan dengan ketua pembangkang adalah sesuatu yang serius, malah tindakan Bala dan Deepak yang berterusan mengaitkan Perdana Menteri dengan salah laku boleh mencemarkan imej seorang pemimpin negara di mata antarabangsa. 

Pihak-pihak berkenaan seharusnya mengambil tindakan proaktif dengan dakwaan ini bagi mengelakkan kecelaruan yang lebih serius dan spekulasi yang sukar dibendung.

Walaupun tindakan bapa Saiful Bukhari ini tidak mencerminkan pendirian mangsa liwat ini, namun kenyataan  Mohd Azlan Lazim harus diberi perhatian kerana ketika sumpah laknat dan rentetan peristiwa liwat, dua beranak ini sentiasa bersama, namun apabila bapanya mengatakan bahawa tuduhan liwat oleh anaknya terhadap ketua pembangkang ini adalah konspirasi terancang para pegawai Perdana Menteri, rasanya tentulah ada yang tidak kena.

Sekiranya Kerajaan tidak mengambil pendekatan bagi memberikan penjelasan sewajarnya kepada rakyat negara ini, maka tidak mustahil dalam dunia tanpa sempadan seperti sekarang ini, rakyat yang celik internet akan berusaha mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber lain sehingga akan membentuk persepsi bahawa apa yang berlaku sama ada insiden di Lahad Datu, pengakuan Deepak, pendedahan Bala mahupun kenyataan oleh Mohd Azlan Lazim akan terus dilabel sebagai ‘sandiwara’.  Selamat membuat persepsi daripada tulisan entri ini!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
sandiwara apanya sampai ada yg mati
Tanpa Nama berkata…
kantoi umno..hihihi
anti bee end berkata…
mcm dlm filem je...peristiwa Lahad Datu..pengakuan bapa Saiful dan mcm2 yg lain...semunya auta..nak tutup tipu sini kena tipu sana...br nampak bkn G.Bush je yg jahat..nampaknya 2x5....nak tunjuk prihatin g turun pdang..elok smpai je..pengganas istihar letak senjata..nampak sgt dah dirancang...sanggup sampai korbankan org lain utk penting diri..samalah dgn bini nya sanggup letup altantuya..mmg kejam..rakyat tak bodoh..rakyat kena ajar skit br dema tahu langit tu tinggi..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?