30 MINIT, APA KE JADAHNYA!


Maka seluruh rakyat Malaysia yang kagum dengan kepimpinan Perdana Menteri keenam Malaysia menjadi sangat makmur, ini kerana menurut laporan pelbagai P – GTP, ETP, PTP semuanya menggambarkan kemakmuran rakyat negara ini.

Dengan segala macam bantuan, BR1M, BB1M, KR1M, K1M dan puluhan lagi yang menjadikan Perdana Menteri Malaysia sebagai idola seluruh rakyatnya.  Apa tidaknya kesemua saluran televisyen arus perdana, kini di sebalik sibuk dan berebut-rebut  menayangkan filem-filem Hindustan mereka juga sibuk menayangkan pelbagai ‘testimoni’ rakyat jelata mengenai bantuan-bantuan ini.

Kini selepas tamat tempoh lima tahun daripada tarikh pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac yang lalu, Perdana Menteri  kini menjelajah pula kesemua GLC dan seperti biasa mengumumkan pelbagai insentif yang akan dilabel oleh pembangkang sebagai ‘gula-gula politik’.

Terbaru ketika lawatan ke Telekom Malaysia, Perdana Menteri mengumumkan imbuhan ‘one off’ sebanyak RM500 yang akan dibayar pada 25 Mac nanti.  Ini akan memberi ‘gula-gula politik’ kepada hampir 26,000 pekerja Telekom Malaysia, sama ada pekerja tetap, kontrak mahupun yang dipinjamkan.

Dengan bayaran ‘gula-gula politik’ RM500 ia hanya akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM13 juta!  Ini adalah satu penghinaan kepada seluruh tenaga kerja Telekom Malaysia yang mencatat keuntungan bersih berjumlah RM1.206 bilion, melonjak 87.6 %  daripada RM643.03 juta pada tahun 2009.

Imbuhan yang diumumkan oleh Perdana Menteri tidak dipertikaikan namun, ketika ianya diumumkan apatah lagi menjelang Pilihanraya Umum ke-13 bila-bila masa sahaja.  Imbuhan yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu hanyalah sekitar 1% daripada jumlah keuntungan bersih Telekom Malaysia bagi tahun 2012.

Dalam lawatan yang sama, Perdana Menteri yang begitu pemurah pula mengumumkan internet percuma selama 30 minit kepada rakyat MISKIN bandar dan luar bandar.  Ini adalah lawak yang paling kelakar yang pernah dibuat oleh Perdana Menteri, atau mungkin juga Perdana Menteri cuba menjadi jurujual kepada Telekom Malaysia!

Soalannya apakah kelayakan untuk mendapatkan internet percuma 30 minit, yang pertama mestilah melanggan pakej perkhidmatan internet yang ditawarkan untuk layak mendapat internet percuma 30 minit!  Apakah yang boleh dilakukan dengan internet percuma selama 30 minit yang terpaksa dilanggan dengan pakej perkhidmatan yang mungkin mencapai RM50 sebulan.

Pengumuman Perdana Menteri mengenai imbuhan RM500 untuk 26,000 kakitangan Telekom Malaysia dan juga 30 minit percuma untuk rakyat MISKIN bandar dan luar bandar sebenarnya satu lagi ‘gula-gula politik’ yang sedap dikumam tetapi tidak berkesan, kepada kakitangan Telekom Malaysia, janganlah terpedaya atau membiarkan diri terpedaya dengan imbuhan RM500 dan 30 minit internet percuma untuk rakyat, 30 minit, apa ke jadahnya!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
lawatan ke semua glc untk pru ..hihihi
SIS berkata…
sebagaimana yg dikata oleh Prof Redhuan Tee..Calon Pru sekarang ni bukn tunggul kayu mcm dulu dah.. begitu juga jgn ingat rakyat pun masih tunggul kayu...
Tanpa Nama berkata…
bee end perlekeh rakyat ...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?