30 MINIT, APA KE JADAHNYA!
Maka seluruh rakyat Malaysia yang
kagum dengan kepimpinan Perdana Menteri keenam Malaysia menjadi sangat makmur,
ini kerana menurut laporan pelbagai P – GTP, ETP, PTP semuanya menggambarkan
kemakmuran rakyat negara ini.
Dengan segala macam bantuan,
BR1M, BB1M, KR1M, K1M dan puluhan lagi yang menjadikan Perdana Menteri Malaysia
sebagai idola seluruh rakyatnya. Apa
tidaknya kesemua saluran televisyen arus perdana, kini di sebalik sibuk dan
berebut-rebut menayangkan filem-filem
Hindustan mereka juga sibuk menayangkan pelbagai ‘testimoni’ rakyat jelata
mengenai bantuan-bantuan ini.
Kini selepas tamat tempoh lima
tahun daripada tarikh pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac yang lalu, Perdana
Menteri kini menjelajah pula kesemua GLC
dan seperti biasa mengumumkan pelbagai insentif yang akan dilabel oleh
pembangkang sebagai ‘gula-gula politik’.
Terbaru ketika lawatan ke Telekom
Malaysia, Perdana Menteri mengumumkan imbuhan ‘one off’ sebanyak RM500 yang akan dibayar pada 25 Mac nanti. Ini akan memberi ‘gula-gula politik’ kepada
hampir 26,000 pekerja Telekom Malaysia, sama ada pekerja tetap, kontrak mahupun
yang dipinjamkan.
Dengan bayaran ‘gula-gula politik’
RM500 ia hanya akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM13 juta! Ini adalah satu penghinaan kepada seluruh
tenaga kerja Telekom Malaysia yang mencatat keuntungan bersih berjumlah RM1.206
bilion, melonjak 87.6 % daripada
RM643.03 juta pada tahun 2009.
Imbuhan yang diumumkan oleh
Perdana Menteri tidak dipertikaikan namun, ketika ianya diumumkan apatah lagi
menjelang Pilihanraya Umum ke-13 bila-bila masa sahaja. Imbuhan yang diumumkan oleh Perdana Menteri
itu hanyalah sekitar 1% daripada jumlah keuntungan bersih Telekom Malaysia bagi
tahun 2012.
Dalam lawatan
yang sama, Perdana Menteri yang begitu pemurah pula mengumumkan internet
percuma selama 30 minit kepada rakyat MISKIN bandar dan luar bandar. Ini adalah lawak yang paling kelakar yang
pernah dibuat oleh Perdana Menteri, atau mungkin juga Perdana Menteri cuba
menjadi jurujual kepada Telekom Malaysia!
Soalannya
apakah kelayakan untuk mendapatkan internet percuma 30 minit, yang pertama
mestilah melanggan pakej perkhidmatan internet yang ditawarkan untuk layak
mendapat internet percuma 30 minit!
Apakah yang boleh dilakukan dengan internet percuma selama 30 minit yang
terpaksa dilanggan dengan pakej perkhidmatan yang mungkin mencapai RM50
sebulan.
Pengumuman
Perdana Menteri mengenai imbuhan RM500 untuk 26,000 kakitangan Telekom Malaysia
dan juga 30 minit percuma untuk rakyat MISKIN bandar dan luar bandar sebenarnya
satu lagi ‘gula-gula politik’ yang sedap dikumam tetapi tidak berkesan, kepada
kakitangan Telekom Malaysia, janganlah terpedaya atau membiarkan diri terpedaya
dengan imbuhan RM500 dan 30 minit internet percuma untuk rakyat, 30 minit, apa
ke jadahnya!
Ulasan