SYABAS POLIS!

Akhbar-akhbar hari ini melaporkan bagaimana seorang anak ‘Datuk’ ditahan kerana suatu kes jenayah yang disyaki beliau terbabit pada tahun 2006. Ironinya kes ini adalah kes bunuh seorang graduan Universiti Utara Malaysia pada 14 Januari 2006. Suspek ini dikhabarkan melarikan diri selepas dibebaskan dengan jaminan polis semasa menunggu keputusan ujian DNA.

Apa yang memusykilkan saya ialah kenapa pihak polis perlu menunggu begitu lama untuk menangkap semula suspek, iaitu selepas enam tahun. Adakah kerjasama Interpol tidak memungkinkan suspek ini diekstradisi ke negara ini untuk dibicarakan.

Pihak polis pula dengan bangganya memaklumkan bahawa - “Polis tidak pernah menutup kes ini dan sentiasa mengikuti perkembangan kes tersebut setiap dua bulan” Maknanya dalam tempoh enam tahun, polis telah berusaha mengikuti perkembangannya sebanyak 36 kali tanpa apa-apa tangkapan atau usaha membawa suspek ke muka pengadilan di mahkamah Malaysia!

Walauapapun seperti pepatah Inggeris – Better late than never, usaha polis mendapatkan tahanan reman suspek patut diberi pujian sewajarnya walaupun banyak persoalan seperti di atas khususnya rakyat marhaen seperti saya yang tidak begitu faham aspek perundangan negara dan kolaborasi dengan polis antarabangsa.

Adakah kerana suspek ini anak seorang ‘Datuk’, maka menjadikannya sukar untuk mengekstradisinya kembali ke Malaysia untuk tujuan perbicaraan ataupun kerana si suspek telah menjadi penduduk tetap negara kangaroo itu, maka tiada terdapat peruntukan undang-undang maka suspek tidak dapat dibawa sebelum ini.

Persoalan yang lain ialah bagaimana seorang suspek kes pembunuhan kejam seperti itu yang dibebaskan dengan jaminan polis boleh terlepas begitu lama sehingga enam tahun? Cerita bagaimana orang yang dibebas dengan jaminan polis boleh polos dan lolos sehingga boleh pula tinggal di negara asing begitu lama agak sukar diterima kecuali pihak polis bersedia memberikan penjelasan lanjut untuk manfaat rakyat awam seperti saya.

Tentulah si suspek ini seorang anak Datuk yang bukan sahaja kaya (kalau tidak mana mampu menghantar anaknya berselindung di luar negara selama enam tahun) ataupun begitu berpengaruh sehingga pihak polis tidak berupaya menjejaki dan mengekstradisinya mengikut saluran perundangan yang sah.

Mungkin Datuk yang dimaksudkan adalah seorang ahli perniagaan yang mendapat manfaat dan durian runtuh daripada penganugerahan Permit Import (AP) kereta sehingga begitu mewah namun gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang bapa yang prihatin terhadap perundangan negara, dalam erti kata lain ‘memperlekehkan perundangan dan Polis Malaysia’.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Malaysia boleh ..
anep berkata…
patut bapa dia pun kena heret sama ...
Tanpa Nama berkata…
Inilah yang perlu diperbetulkan iaitu, semua orang adalah sama disisi undang-undang (adakah ini berlaku di Malaysia ?)

Satu lagi masaalah ialah di segi pendakwaan, bukan rahsia lagi bahawa ada ketidak keseimbangan diantara orang biasa dengan orang atasan.

Mohon kepada Allah agar di perturunkan seorang pemimpin yang mahukan keadilan untuk semua.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?