SHARIZAT TIDAK PERLU BERCUTI, BERHENTI TERUS!


Semalam akhbar-akhbar melaporkan bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil mengambil cuti selama 3 minggu bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia menjalankan siasatan berhubung Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) milik keluarganya.




Gambar ihsan: bumiperak.blogspot.com

Kenyataan Sharizat "Saya berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai National Feedlot Corporation (NFC) di mana suami saya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif," katanya.

Ini bukan soal sama ada Sharizat terlibat secara langsung atau tidak tetapi kebobrokan sistem yang dirobek oleh kaedah penganugerahan projek-projek menggunakan dana Kerajaan. Kenyataan Sharizat seolah-olah menggambarkan bahawa dia seperti maksum dan tidak bersalah dengan penglibatan keluarganya dalam NFC. Pada pandangan saya ini ialah kenyataan yang memperlekehkan minda rakyat Malaysia.

Jika jumlah dana yang sama diberikan kepada para pengusaha penternak ruminan misalnya, mampu memberikan pulangan dan kesungguhan yang jauh lebih baik daripada memperuntukkan RM250 juta kepada NFC sahaja. Jika jumlah RM250 juta diberikan kepada 5000 penternak, setiap daripada mereka boleh memperolehi dana sehinga RM50,000 seorang dengan pembayaran balik yang terjamin dan tiada pembaziran dan penyelewangan.

Apa yang dilakukan oleh NFC milik keluarga Sharizat amat memalukan, dana yang diperolehi daripada Kerajaan digunakan di luar bidang perniagaan yang mana dana tersebut diberikan, bayangkan jika pemilikan kondo mewah dalam negara dan luar negara, bukankah seperti amalan pecah amanah!

Adakah selepas kemelut NFC yang dimiliki oleh keluaarga Sharizat, Perdana Menteri atau Barisan Nasional sendiri merasakan bahawa Datuk Seri Sharizat masih boleh dipertimbangkan sebagai calon pilihanraya atau meminjam istilah Perdana Menteri sendiri – “winnable candidate”?

Mengambil cuti bagi membolehkan NFC disiasat, bukanlah pilihan terbaik, yang lebih afdal ialah meletak jawatan sebagai Menteri, sekurang-kurangnya jika itu tidak dituntut oleh Perdana Menteri, Sharizat sendiri sepatutnya menawarkan diri untuk berundur secara terhormat, demi maruah keluarganya! Sekurang-kurangnya mengurang beban kepada Perdana Menteri.

Ulasan

anep berkata…
sharizat tu menteri kitar semula, mmg patut pun berundur
sarip dol berkata…
adakah berani sharizat lembu mengaku bahawa dia tidak ada pengaruh langsung untuk mndpat projek NFC tu..maf la rakyat bukan bodoh mcm dia pun..
Tanpa Nama berkata…
dah klah dlm PRU pun boleh lg dipilih..mcm x de org lain je..ha hah mgkin jgn gugurkan sbb dia winnable candidate..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?