PERMULAAN HAMBAR UNTUK PM NAJIB

Tahun baru 2012 baru sahaja dua hari, masih terdapat 364 hari lagi sehingga penghujung 2012. Namun begitu, permulaan tahun baru adalah sangat hambar buat PM Dato’ Sri Najib Tun Razak. Apakah permulaan tahun baru yang baik dimulakan dengan demonstrasi oleh mahasiswa universiti, khabarnya seramai 200 orang berhimpun malah membaringkan diri di jalanraya berhadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Demonstrasi awal tahun dihadiri bukan sahaja oleh mahasiswa UPSI malah disertai juga wakil-wakil dari UIAM, UNISEL dan MSU. Hasilnya seramai 17 orang mahasiswa ditahan oleh pihak berkuasa.

Seperti biasa pelbagai pihak mengecam tindakan mahasiswa dengan pelbagai label, misalnya dalam ruangan Minda Pengarang akhbar Berita Harian melabel mahasiswa yang berdemonstrasi di UPSI sebagai tidak matang. Gagal mendengar suara rakyat tidak kiralah samada golongan mahasiswa atau rakyat biasa akan menjadi satu faktor kejatuhan Kerajaan yang telah terbukti di merata negara di dunia khususnya pada tahun 2011.

Semalam juga hampir semua akhbar arus perdana seperti Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan New Sunday Times menyiarkan secara ‘eksklusif’ wawancara dengan Raja Petra Kamaruddin (RPK), yang menjadi bahan lawak ialah apabila semua akhbar yang menyiarkan wawancara tersebut menganggap liputan mereka eksklusif, maka bukan sahaja memperlekeh rakyat Malaysia yang matang berpolitik dengan buah fikirannya yang dangkal, malah memperlekehkan akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia dengan label ‘eksklusif’!

Apakah ini siri peningkatan imej yang dilakukan untuk memulihkan imej BN yang semakin tercalar dengan pelbagai isu yang menghantui mereka. Jika inilah kaedah yang diguna pakai, tidak mustahil BN tiada bezanya seperti pesakit barah tahap tiga yang disahkan doktor dengan hayat tidak lebih dari enam bulan! Usaha transformasi PM Najib juga akan seperti mencurah air ke daun keladi.

Ulasan

anis berkata…
sedih dituduh mahasiswa diperalat..
SIS berkata…
terasa malas nak baca cerita-ceriti akhbar utama terutama bila diambang PRU13..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?