HIDUP INI ADALAH PILIHAN

Life is about choices . Inilah frasa yang sering saya ungkapkan saban waktu. Benarlah kata orang, hidup ini adalah pilihan.

Apabila lebih 70 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan beberapa wakil dari UNISEL, MSU dan UIA memilih untuk berdemonstrasi pada awal tahun 2012 yang baru lalu atas alasan untuk kebebasan akademik dan penghapusan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), saya termenung panjang. Bukan kerana gelombang kebangkitan mahasiswa ini merisaukan saya, tidak.

Namun melihat kepada rakaman video yang dimuatnaik di YouTube, provokasi kepada pihak polis adalah sebab utama mereka bertindak, sehingga pihak polis dilabel sebagai keterlaluan dan zalim dalam menangani isu ini. Saya tidak pernah mengatakan polis sebagai malaikat pun namun dalam melaksanakan tugas semacam itu, apa lagi pilihan yang ada pada pihak polis.

Adakah pihak polis perlu mendayu-dayu merayu kepada anak muda yang berani bertindak untuk menghentikan tindakan mereka, tentulah pihak polis juga akan seagresif seperti mereka pula. Ada pula yang bertanya sejak bila memanjat pagar di anggap kesalahan, sambil mencabar untuk menunjukkan di mana yang mengatakan memanjat pagar sebagai kesalahan pula.

Ini bukan soal memanjat pagar sahaja. Selepas dibalas secara agresif ada pula para pelajar ini yang mempertikaikan tindakan yang diambil oleh universiti mereka, seperti mengarahkan mengosongkan bilik asrama mereka. Bukanlah tugas saya untuk mengatakan tindakan pihak universiti sebagai drastik. Bukankah semua perlakuan ada tindak balasnya.

Jika memilih untuk berdemonstrasi, pilihlah juga untuk menerima akibatnya. Kalau takut bermain ombak, jangan berumah di tepi pantai! Bukankah kita adalah apa yang kita fikirkan.

Ulasan

bro rock berkata…
lu buat lu tanggung la..x kan mak bapak u tak ajar hormati harta awam..x kan lu nak berak tempat lu cari makan..setuju sgt tulisan tuan sakat!
anis berkata…
ramai org mahu mencapai sesuatu tetapi tidak pula mahu menanggung risikonya..nak jadi hero tapi bila diasak polis kata polis zalim la dsb..
SIS berkata…
hidup anda di tangan anda..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?