CERITA SEORANG SAHABAT ...

Kisah seorang sahabat saya yang telah saya kenali lebih suku abad. Sejak perkenalan saya ketika menetap di sebuah asrama belia hingga kepada berkeluarga dan mempunyai anak seorang, sahabat saya tidak pernah mempunyai kenderaan, bukan kerana tidak mampu tetapi kerana sahabat saya tergolong dalam kategori rabun yang tegar. Hal ini tidak memungkinkan beliau lolos dalam ujian memandu yang diambilnya.

Beberapa bulan lalu ketika beliau patah tangan dan mengikuti saya ke satu majlis di Pulau Pinang, saya menasihati beliau supaya menggesa isterinya untuk mendapatkan lesen supaya boleh memiliki kereta dan melawat ke merata tempat bersama anaknya yang seorang. Kisah sahabat saya, sebenarnya bertolak daripada masalah penyakit yang dihidapi anaknya yang dikatakan bersifat gangguan mental. Khabarnya anaknya telah menjalani pelbagai rawatan di hospital mahupun secara tradisional. Saya secara berseloroh mengatakan anaknya kesunyian kerana ketiadaan adik beradiknya yang lain.

Pada minggu lepas ketika mengunjungi Perkampungan Darul Atiq di Hulu Selangor berhampiran Rasa, atas urusan mendapatkan maklumat lanjut bagi menempatkan anaknya, kawan saya bercerita bagaimana isterinya telah pun lulus ujian memandu malah telah mampu memiliki sebuah kereta yang baru. Kereta Viva Elite milik mereka sudah cukup kerana mereka hanya bertiga sahaja.

Kisah pemilikkan kereta sebenarnya tidak habis, sahabat saya juga menceritakan bagaimana kisah jiran-jirannya yang memandang rendah kepada mereka sekeluarga kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri walaupun telah berumahtangga selama dua dekad. Pernah mereka hanya dijemput secara sistem pesanan ringkas ke majlis perkahwinan jiran sebelah rumahnya hanya kerana khuatir tidak dapat memenuhi undangan kerana ketiadaan kenderaan. Hakikat sebenarnya, sahabat saya sentiasa berusaha hadir ke setiap majlis sama ada teman-teman di tempat kerjanya mahupun kenalan dan saudara maranya sekiranya dijemput hanya dengan kenderaan awam. Namun apabila telah mempunyai kereta, lain pula ceritanya, alah kereta Viva aje, terdengar suara sumbang daripada sebahagian jiran-jirannya.

Saya hanya mampu tersenyum mendengar sebahagian gelagat manusia. Telah banyak yang saya temui. Betullah seperti kata sahabaya saya: tiada kereta pun salah, ada kereta pun salah! Yang penting, hidup mesti diteruskan…

Ulasan

anep berkata…
manusia..manusia..
SIS berkata…
teringat kisah2 zaman nabi...lukmanul hakim dan anaknya...kt x akan dpt memuaskan hati smua org...lebih baik puaskan hati sendiri...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?