RAKYAT DIDAHULUKAN ...




Inilah gambar sebuah telefon awam yang disediakan untuk kemudahan rakyat, maklumlah walaupun bilangan telefon bimbit di Malaysia mencapai 30.3 juta berbanding penduduk Malaysia yang berjumlah 28.2 juta orang.

Gambar ini dirakam di Pekan Sungai Besi, apa yang menariknya ialah kedudukan telefon awam ini ialah di atas pemisah jalan, dan tidak berbumbung! Mungkin ini adalah trend baru, atau kemudahan sekadar tangkap muat atau melepaskan batuk di tangga, atau juga asal ada! Bagus juga jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayasia (SPRM) dapat mengadakan kunjungan mesra kepada pegawai yang meluluskan bayaran kepada kontraktor yang menyediakan kemudahan ‘kelas pertama’ ini.

Ketika bersarapan pagi ini, saya terpaksa berkongsi meja dengan dua orang rakyat Malaysia yang lain, yang pada pandangan saya ialah dari profession ketenteraan. Apa yang menarik ialah perbualan yang berkisar di antara mereka iaitu berhubung dengan layanan ‘tidak mesra rakyat’ di sebuah hospital universiti terulung di Cheras. Mereka berdua memperkatakan pelbagai karenah yang tidak mesra rakyat terutamanya ketika urusan kelahiran anak.

Beberapa bulan lalu, ketika saya khatam semula novel ‘Tikus Rahmat’ yang ditulis oleh Hassan Ibrahim untuk kesekian kalinya, saya teringat sebagai seorang Ketua di jabatan awam, beliau pernah menyamar untuk mendapatkan keadaan sebenar kakitangan dan rakyat yang berurusan di Jabatannya. Saya tidak pernah lagi mendengar perilaku Ketua Jabatan atau Menteri yang sebenarnya ‘benar-benar’ turun padang dan merasai denyut nadi rakyat. Kalau adapun ialah apabila beberapa kali YAB Perdana Menteri atau Menteri menaiki pengangkutan awam, dan sehingga kini, selepas beberapa ketika keadaan pengangkutan awam tidak banyak menampakkan perubahan.

Kisah bagaimana sekumpulan nelayan di Melaka yang terpaksa menunggu begitu lama bagi kehadiran seorang pegawai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menyampaikan bantuan enjin sangkut kepada mereka adalah beberapa insiden bagaimana rakyat kecil diperlekeh. Malah ada suara-suara sinis yang mengatakan hal ini tidak akan berlaku sekiranya kawasan nelayan tersebut diadakan Pilihanraya Kecil.

Ulasan

anep berkata…
salam tuan kisah rakyat diperlekeh ada di mna-mna..
wanman68 berkata…
Salam Tuan,
Biasa le.. suara org kecik sapa nak dengar..
SELAMAT TAHUN BARU 2011...SEMOGA 2011 INI LEBIH CERIA LAGI...
SIS berkata…
Selamat Tahun Baru 2011 kpd tn ks..semoga hidup tn penuh warna-warni..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?