ITNM, PENCINTA BUKU & TANGGA 30 TAKAH …

Semangat 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Hari Selasa lepas, selepas sekian lama begitu terhambat dengan kesibukan bekerja, saya mengambil kesempatan daripada situasi kurang sibuk selepas Hari Raya untuk menghadiri Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 yang diadakan di Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Khabarnya seminar ini, yang diusahakan oleh Komuniti Buku Online adalah buat kali keempat diadakan sejak tahun 2006.

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 yang memfokuskan budaya membaca karya terjemahan dirasmikan oleh Datuk Mohamed Nor Khalid, kartunis Lat yang menyampaikan ucaptama bertajuk: Penghayatan Karya Terjemahan Melalui Watak Komik. ITNM yang telah beberapa tahun berkunjung ke Pesta Buku Frankfurt telah melancarkan karya Datuk Lat, Kampung Boy dalam versi terjemahan di pesta tersebut pada tahun lepas. Datuk Lat mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya dan bagaimana idea dicetuskan bagi menghasilkan Kampung Boy yang sebenarnya adalah koleksi kartun-kartun beliau yang disiarkan di dalam akhbar New Straits Times sejak tahun 70an.

Seminar sehari ini menghimpunkan sepuluh kertas kerja mencakupi pelbagai aspek pembacaan karya-karya terjemahan dan dari pelbagai perspektif – penterjemah, pembaca dan pengarang. Pengalaman proses penterjemahan Pengembaraan Ibnu Batutah yang disampaikan lewat kertas kerja berjudul: Pengalaman Estetika Membaca Karya-karya Terjemahan Perspektif Penterjemah oleh Tuan Syed Nurul Akla Syed Abdullah yang menterjemahkan karya besar itu yang mengambil masa hampir sepuluh tahun dan melalui pelbagai pengalaman oleh penterjemahnya. Kisah pemilihan kosa kata yang tepat misalnya ‘jana bijana’ yang digunakan dalam Pengembaraan Ibnu Batutah merujuk kepada tanah kelahiran.

ITNM yang menjadi tuan rumah tidak menghampakan walaupun khabarnya ramai yang tersesat dan lewat sampai. Seminar yang diadakan di tingkat 6 bangunan ITNM itu sebenarnya tidak boleh dinaiki dengan lif, naik ke tingkat 5 dengan lif dan panjatlah tangga untuk ke tingkat enam, apa ada hal satu tingkat aje, sebenarnya banyak ‘hal’ kerana ketika saya menaiki tangga ke tingkat enam, saya terkejut apabila beberapa petugas ITNM sedang mengangkat kerusi roda seorang peserta seminar. Bayangkan lebih tiga puluh anak tangga yang terpaksa diharungi oleh anak-anak muda ITNM ini, syabas! Selepas memasuki dewan seminar pula, mata saya tersorot kepada satu sosok tubuh di atas pentas yang juga berkerusi roda – salah seorang moderatornya, Sharom TM Sulaiman.

Rupanya komuniti pembaca di Malaysia sebenarnya amat gigih lewat Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010, walaupun terpaksa berkerusi roda dan tanpa kemudahan, namun semangat membaca amat dalam walaupun terpaksa melepasi tiga puluh anak tangga di ITNM ini. Syabas! Sila betulkan kenyataan : Rakyat Malaysia Malas membaca?

Share this article :
 

+ komen + 3 komen

siti
23 September 2010 4:52 PTG

malangnya kpd golongan OKU yang berurusan dengan bangunan tidak mesra OKU..

6 Oktober 2010 10:54 PG

salam puan siti,

maaf atas kekurangan pihak kami di ITNM. buat makluman pihak puan, bangunan kami sedang diselenggarakan dan dalam proses ubahsuai untuk fasiliti yang lebih baik.walau bagaimanapun, kami telah cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kpd semua peserta seminar.

tuan blog
7 Oktober 2010 10:40 PG

terima kasih kepada akmar yang menjawab..komen pn/cik siti..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger