MAKA PM KEKAL HEBAT!

Hebat!  Itu sahaja dapat digambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, jika dakwaan memindahkan lebih RM2 billion wang ke akaun peribadinya.  Apa tidaknya, dengan barisan juru audit dan syarikat besar tentulah bukan mudah untuk memindahkan wang apatah lagi ke akaun peribadi.

Wall Street Journal dan Sarawak Report khabarnya mendakwa dalam laporan mereka bahawa wang 1MDB yang disiasat berakhir di akaun peribadi PM.

Siapa sahaja boleh mendakwa itu dan ini terhadap seorang pemimpin.  Apatah lagi Perdana Menteri memang tengah panas dan diasak daripada pelbagai sudut khasnya dalam isu berkaitan 1MDB.

Wang USD700 juta bersamaan RM2,644,600,000.00 adalah satu jumlah yang besar.  Jika benarlah dakwaan kedua media yang yang diragui kredibilitinya sehingga disaman oleh Kerajaan Singapura pada tahun 2008.

Jika dikaitkan secara logika pula adakah seseorang seperti PM memilih untuk memasukkan ke akaun peribadinya sendiri, tentulah lebih selamat dan bijak untuk menggunakan akaun ‘proksi’ untuk mengelakkan tohmahan.

Dengan begitu ramai ‘proksi’ tentulah hal memasukkan ke akaun peribadi tidak timbul.

Walaupun kelihatannya di atas kertas, dakwaan WSJ dan Sarawak Report berasas namun dengan ketiadaan apa-apa bukti kukuh dan menyakinkan tentulah laporan itu masih boleh dicabar.

Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia, Peguam Negara dan barisan peguam handal ‘yang hanya mengenakan bayaran RM1,000.00’ tentulah boleh digembeling untuk mengembalikan imej dan maruah Perdana Menteri dan Kerajaan yang tercalar dek dakwaan ini.

Secara peribadi saya sukar mempercayai dakwaan kedua media ini.  Rasionalnya mudah.  Memindahkan wang dalam jumlah yang banyak walaupun secara berdikit-dikit tentulah tidak mudah.

Atau adakah wang yang dipindahkan ini hanyalah menggunakan ‘akaun tumpang’.  Hal ini mungkin kerana menyediakan perbelanjaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum pada 2013 atau pun bersedia untuk PRU-14?

Akaun tumpang adalah akaun sementara yang diwujudkan bagi menumpangkan sejumlah wang untuk tempoh sementara bagi sesuatu tujuan.

Jika Kerajaan Singapura memilih untuk menyaman WSJ akibat laporan tidak benar mereka, maka kita juga harus memilih untuk menyaman dan mencabar dakwaan ini supaya hal ini boleh dicerahkan selama-lamanya.

Jika sekadar penafiaan, tanpa sebarang tindakan perundangan maka media seperti WSJ akan menjadi ‘drakula’ dengan taring yang lebih tajam dan panjang!

Jika benarlah wang yang dipindahkan itu digunakan untuk Pilihanraya Umum, maka Suruhanjaya Pilihan Raya sepatut memanggil pihak-pihak berkenaan khususnya Barisan Nasional untuk memperincikan perbelanjaan pilihan raya mereka.


Setakat ini, Perdana Menteri akan kekal hebat dengan dakwaan dan kebolehan memindahkan wang hampir RM2.64 billion ringgit ke akaun peribadinya!  

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
klau bleh songlap banyak tu mmg hebat la..
SIS berkata…
pindahan sebanyak itu di dalam negara seperti Malaysia..pasti semua tahu terutama Bank Negara..kerana pemantauan oleh Bank Negara..terutama semua transaksi yang melibatkan wang melebihi RM50k...mana nak sorok....rakyat marhaen sahaja yang baru tahu...!!

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?