KALAU MEMANG REZEKI, TIDAK AKAN KE MANA …

Kemelut jawatan Menter Besar Selangor telah berakhir dengan sumpah dan akujanji oleh Mohamed Azmin Ali yang diperkenan Sultan Selangor sebagai Menteri Besar yang ke-15.  Anehnya inilah Timbalan Presiden PKR yang tidak dicalonkan oleh partinya, malah bersungguh-sungguh ‘mempromosikan’ Presiden mereka.

Nama Azmin Ali bukanlah asing bagi jawatan Menteri Besar Selangor, malah ketika PKR mendapat mandat di Selangor salah satu nama yang muncul dalam persaingan jawatan MB ketika itu adalah Azmin Ali.  Malah selepas Pilihanraya Umum ke-13, nama Azmin Ali juga muncul namun mungkin belum rezekinya, jawatan itu terus dipegang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim selepas persetujuan dalam PKR.

Selepas itu, Langkah Kajang digerakkan sebagai usaha mengangkat Ketua Umum PKR sebagai MB, namun disebabkan oleh kes mahkamah, hasrat itu tidak menjadi dan kerusi DUN Kajang yang dikosongkan disandang oleh Presiden PKR.  Selepas kemenangan di Kajang, langkah menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar pun bermula.

Namun, Tan Sri Khalid Ibrahim enggan berundur dan memaksa PKR memecat beliau sebagai ahli parti, maka Selangor berMenteri Besarkan MB tanpa parti. 

Kemelut MB Selangor juga memaksa Sultan Selangor memendekkan urusan di luar negara dan meminta ketiga-tiga parti gabungan dalam PR, iaitu PKR, PAS dan DAP mengemukakan lebih dari dua nama untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Namun, PKR dan DAP masing-masing hanya mengemukakan nama Presiden PKR sebagai calon tunggal dan ingkar kepada titah Tuanku Sultan Selangor.

Hanya PAS memberikan tiga nama di mana nama Azmin Ali dan dua orang EXCO PAS sebagai calon MB Selangor.

Selepas kemelut selama hampir beberapa bulan sejak Langkah Kajang digerakkan, akhirnya Sultan Selangor dengan segala budi bicara berkenan melantik ADUN Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, mengakhiri segala kemelut sebelum ini.

Namun, perkenan Sultan Selangor juga tidak disenangi oleh PKR walaupun khabarnya Presidennya ‘redha’ dengan pemilihan Timbalan Presiden sebagai Menteri Besar Selangor.

“Majlis Pimpinan Pusat (MPP) juga tidak bersetuju dengan cara pihak Istana menangani proses pencalonan yang melibatkan Dr Wan Azizah sehingga beliau langsung tidak dipanggil mengadap walaupun mempunyai sokongan majoriti yang jelas,” .

PKR sepatutnya bersyukur dan menghargai usaha Tuanku Sultan Selangor mengakhiri kemelut jawatan Menteri Besar yang masih terus dipegang oleh PKR.  Malah tindakan PKR dan DAP hanya memberikan satu nama berbanding lebih daripada dua nama juga telah mengundang kemarahan pihak Istana Selangor.

Sultan Selangor pastilah mempunyai asas yang kuat dan kebijaksanaan apabila memutuskan untuk memperkenan pemilihan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Maka adalah lebih baik semua pihak menerima perkenan Tuanku Sultan memilih Azmin Ali sebagai Menteri Besar.

Sungguhpun nama Azmin Ali telah tergelincir dua kali sebelum ini  daripada menduduki jawatan Menteri Besar, namun ketentuan Allah SWT kepada hambanya tidak harus dipertikaikan.  Kalau memang sudah rezeki insan bernama Mohamed Azmin bin Ali untuk menduduki kerusi Menteri Besar Selangor, maka itulah yang terjadi.

Seperti yang diungkapkan oleh Azmin Ali ketika mengangkat sumpah dan melafazkan akujanji 10 perkara.

“Dan dengan ini patik mengaku dengan hati yang bersih dan tulus ikhlas menyerahkan nyawa dan diri patik kepada ketetapan Allah SWT.  Dan lagi patik bersedia menjunjung segala titah yang diperintahkan dengan segala upaya dan kudrat patik.  Dan apabila patik berniat menderhaka kepada Sultan Negeri Selangor dan tidak mematuhi Aku Janji yang dilafazkan ini, salahlah patik dan redalah menerima hukuman Allah SWT serta ditimpa beberapa daulat almarhum-almarhum Sultan-Sultan negeri Selangor ini.  Kepada Allah patik berserah”


Kepada YB Tuan Mohamed Azmin bin Ali, selamat menggalas tanggungjawab dan amanah ini sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-15.  

Tahniah dan Selamat Bertugas!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
setuju sgt...
Tanpa Nama berkata…
elok la drpd presiden kawalan jauh..
SIS berkata…
antara ketiga2 pakatan itu nampak PAS lebih rasional dlm membuat keputusan..Daulat Tuanku...Sultan Selangor telah membuat keputusan yg baik...lg pun pemimpin patutnya dr kalangan lelaki...Takdir Allah mengatasi tadbir DSAI...pusing la kot mana pun...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?