HARI BERKABUNG 22 OGOS

Kerajaan telah menetapkan tarikh 22 Ogos nanti sebagai hari berkabung berikutan ketibaan kumpulan pertama jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine pada 17 Julai yang lalu.

Rakyat Malaysia dan para pemimpin kita tentulah telah melihat bagaimana kerajaan Belanda melakukan upacara ketika mayat-mayat daripada lokasi tragedi di bawa ke Belanda tempohari.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun dikhabarkan tiada cuti umum, namun upacara penghormatan terhadap mangsa nahas MH17 akan dilakukan penuh istiadat. 

Setiap jenazah akan diusung oleh anggota tentera dan dibawa menaiki 16 kenderaan jenazah.  Selain itu juga, setiap jenazah akan diberikan penghormatan mengikut agama masing-masing serta bertafakur.

Harapannya usaha kerajaan menetapkan 22 Ogos sebagai tarikh berkabung akan memberikan kekuatan kepada rakyat khususnya mengeratkan perpaduan sesama kita apatah lagi menjelang tarikh keramat kemerdekaan negara pada 31 Ogos nanti.

Kumpulan pertama 16 jenazah adalah terdiri daripada 15 warga Malaysia dan seorang warga Belanda yang asalnya merupakan warganegara Malaysia yang telah menetap dan berkahwin di Belanda.

Jika rakyat Malaysia yang telah menjadi rakyat Belanda pun memilih negara tanah kelahirannya sebagai destinasi persemadian terakhirnya, maka wajarlah bagi rakyat negara ini mengingati mangsa nahas MH 17 dan MH370 yang masih belum ditemui.


Di sini lahirnya sebuah cinta, Selamat Berkabung!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
kita dah berkabung sejak mh370 lagi..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?