DIPLOMASI GAYA PANDA @ PANDIR!

Kisah panda China yang dipinjamkan kepada Malaysia bukanlah kisah yang baru, ianya  telah diuar-uarkan sejak lebih setahun yang lalu.  Pada minggu lepas panda yang menjadi bualan akhirnya tiba di bumi Malaysia.

Dua ekor panda yang dipinjamkan oleh Kerajaan China, kononnya bagi memperingati hubungan akrab dua buah negara yang dirintis sejak empat dekad yang lalu.

Khabarnya sehingga kini, Kerajaan (baca:BN) telah berbelanja hampir RM70 juta bagi merealisasikan hubungan akrab dua negara ini.  Anehnya, walaupun dengan hubungan akrab dua negara selama 40 tahun, namun Kerajaan China seperti ‘berbisnes’ dengan kita. 

Apa tidaknya, daripada jumlah RM70 juta yang telah dibelanjakan sehingga kini, RM20 juta adalah sebagai bayaran sewa bagi empat tahun pertama.

Adakah Kerajaan BN begitu naif sehingga mahu percaya bahawa hubungan diplomatik dapat diakrabkan dengan perbelanjaan luar jangka, berat sebelah dan bodoh dengan pertukaran dua ekor panda yang  menelan perbelanjaan sehingga RM70 juta?

Jika benarlah China menghargai hubungan akrab yang telah dirintis sejak 40 tahun yang lalu dengan pertukaran dua ekor panda, maka pada saya hubungan ini adalah tidak ikhlas dan jelas kelihatan Malaysia begitu terhegeh-hegeh untuk akrab dengan China.

Membodohkan mentaliti rakyat Malaysia yang sedang bersedia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 untuk mempercayai bahawa perbelanjaan sebesar itu untuk menyuburkan diplomasi adalah sesuatu yang pandir.

Selain daripada RM20 juta sebagai sewaan selama 4 tahun, dua ekor panda pinjaman itu juga telah dibinakan kandang khas bernilai RM25 juta selain RM15 juta untuk belanja penyelenggaraan.

Selain itu dua ekor panda itu juga akan dijaga oleh 13 orang petugas termasuk seorang doktor veterinar daripada negara China, pegawai Zoo Negara, Perhilitan dan lapan orang pembantu.

Zoo Negara yang sering merintih kekurangan dana tentulah pula akan terbeban dengan tanggungjawab yang baru ini, namun tidak mustahil semua perbelanjaan panda dua ekor ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Bayangkan jika jumlah RM70 juta dibelanjakan untuk menyediakan rumah kos rendah, ia mampu membina 2000 buah rumah.  Jika sewaan tahunan pinjaman panda ini bernilai RM5 juta dan beberapa juta lagi untuk penyelenggaraan dan kos-kos tidak langsung, maka sewajarnya kita menentang diplomasi pandir seperti panda ini.


Seperti Filipina yang mengeksport amah mereka ke serata dunia, China juga melakukan perkara yang sama cuma berlapik dengan istilah ‘pinjaman’ dan ‘diplomasi’.  Yang dimangsakan adalah negara dan pemimpin pendek akal seperti Malaysia.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
taktik bisness cina..
sarip dol berkata…
slogan baru 1panda:
panda didahulukan, rakyat dikemudiankan..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?