ALASAN BODOH!

Tiga minggu yang lalu, dalam entri saya berjudul “P051 BUKIT GELUGOR, PASS OLEH BN?”, saya membayangkan bahawa BN sepatutnya mengabaikan untuk meletakkan calonnya dalam PRK P051 Bukit Gelugor.  Alasannya sangat mudah, sama ada BN mahupun komponen MCAnya tentulah tidak mampu menggugat ngauman Rimau Jelutong yang ditinggalkan oleh peyandangnya, mendiang Karpal Singh.

Alasan yang dikemukan adalah “atas sebab MCA pada masa kini perlu memberi penuh perhatian ke atas krisis Perlembangan yang dicetuskan oleh PAS. MCA perlu berusaha secara sepenuhnya untuk menjalankan aktiviti melindungi Perlembangan, Dalam pertimbangan pelbagai isu yang dilakukan, MCA telah mengambil keputusan ini untuk tidak bertanding.”.

Siapa sahaja kecuali yang buta politik tahu alasan yang dikemukakan oleh MCA akan mengungguli carta lawak hari ini sepanjang beberapa minggu.  Ini kerana alasan tersebut sama sekali tidak mencerminkan apa sebenarnya sedang dialami oleh MCA pada masa ini.

Malah orang-orang dalam BN pun seperti Zulkifli Nordin dan Ahli MKT UMNO Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengecam alasan yang digunapakai oleh MCA untuk tidak bertanding dalam pilihanraya kecil ini. 

“MCA perlu bersikap lebih terbuka dan jangan beri alasan mahu memperjuangkan tentangan hudud. Soal letak calon tiada kaitan dengan isu hudud. Seperti yang kita tahu, MCA sedang hadapi krisis hendak mendapatkan kepercayaan orang Cina. Mereka juga tidak patut membangkitkan sentimen orang Melayu setelah tidak mendapat sokongan orang Cina,”.
Ini seperti satu amaran oleh rakan sekutu mereka dalam BN.
Saya sebenarnya menyokong sangat BN tidak meletakkan calon mereka dalam Pilihan raya kecil ini namun sangat terkejut apabila Perdana Menteri seperti membenarkan ‘alasan’ yang digunapakai oleh MCA. 
Tidak adakah pimpinan UMNO yang lain mengecam alasan ‘escapism’ MCA ini.  Ke mana perginya, Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal umat Islam di Malaysia, atau pengerusi GLC agensi yang bertanggungjawab terhadap rukun Islam yang kelima.
MCA menjadikan isu hudud seperti ‘kambing hitam’ dan menghalalkan alasan yang diberikan mereka.
Cakap-cakap mengenai ketidak relevanan MCA kepada kaum China seperti sedang dipaparkan dalam skrin politik secara langsung.  Mungkinkah GERAKAN akan menjadi lebih diterima, apabila mereka juga bakal diuji dalam pilihanraya kecil di Teluk Intan.
Adakah MCA merasakan bahawa mereka boleh menang jika bertanding dalam pilihanraya kecil di Bukit Gelugor?  Jika diteliti secara harfiah, alasan mereka menggambarkan bahawa sebenarnya mereka boleh menang tetapi memberikan ‘pass’ kerana mahu menumpukan usaha melindungi Perlembagaan.  Jika benarlah tanggapan ini, maka sudah sampai masanya MCA membeli ‘cermin’ yang lebih besar dan baru sejajar dengan ‘kajian saintifik’ yang mereka laksanakan!

Walaupun BN tidak bertanding dalam Pilihanraya Kecil P051 Bukit Gelugor, namun khabarnya akan ada calon-calon ‘mesra BN’.  Mungkin calon-calon ‘mesra BN’ akan memberikan lonjakan maruah kepada BN, sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti yang dimenangi sebelum ini. Marilah kita terus bermimpi!
Share this article :
 

+ komen + 1 komen

Tanpa Nama
13 Mei 2014 11:52 PG

bertanding pun x leh mwnang so bg la alasan bodoh bira nmpak cerdik wklaupun x cerdik pun..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger