CENTRAL STATION

Ada sesuatu yang sering memisahkan saya daripada orang lain. Saya kurang berminat dengan hasil akhir atau keputusan, tetapi saya lebih tertarik mengenai proses mendapatkan hasil. Kepada saya proses seperti satu perjalanan yang cukup asyik dan mengujakan. Seperti menonton filem, saya sering terpanggil untuk menonton di dalam pelbagai keadaan acapkali menonton di pawagam. Sebut sahaja pawagam di sekitar Lembah Kelang yang sering menghuni dan melampiaskan keinginan naluri ingin tahu saya terhadap filem-filem tontonan saya. Pada minggu lepas, saya tidak menonton filem di pawagam tetapi di sebuah auditorium milik sebuah pusat komuniti. Walaupun hanya dengan empat penonton, saya merasa amat puas dengan filem yang ditayangkan. Central Station ialah sebuah filem Brazil terbitan pada tahun 1998 diarahkan oleh Walter Salles (Foreign Land, Dark Water). Central Station adalah perjalanan kemanusiaan watak-wataknya, Dora (Fernanda Montenegro) seorang pesara guru yang mengambil up...