KETENTUAN ILAHI ...

Tiada siapa yang boleh melawan takdir. Ungkapan seperti ‘manusia merancang, Allah menentukan’, ‘takdir mengatasi tadbir’ sering kita dengar dan berlegar dalam masyarakat kita khususnya umat Islam. Malah pengurusan Allah SWT jauh lebih ‘superior’ daripada pengurusan manusia, hatta dalam semua aspek pengurusan yang disebut dan diajar oleh sekolah pengurusan.

Apabila negara jiran Indonesia diancam dua bencana dalam masa terdekat mengundang kita mengkaji pelbagai hukum pengurusan manusia yang berusaha mendekati perancangan Allah SWT. Tsunami dan letusan Gunung Merapi di Indonesia tidak dapat dibendung, hatta ketentuan Ilahi. Tsunami yang terkini di Indonesia telah meragut lebih 400 nyawa , manakala letusan Gunung Merapi di Jawa tengah beberapa hari lalu sudah meragut 33 nyawa.

Seperti juga balu bekas Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin yang dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen yang pernah diwakili mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong Ket Wah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya, 9 Oktober lalu. Saya amat yakin Datin Linda telah puas berfikir untuk meneruskan tanggungjawab dan amanah mendiang suaminya sebelum bersetuju menjadi calon bagi kawasan Parlimen Batu Sapi, yelah selama ini hanya mengikuti suami melaksanakan tugas-tugas sebagai isteri Ahli Parlimen walaupun sebenarnya Datin Linda juga adalah Timbalan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) bahagian Elopura. Ketentuan Ilahi yang meletakkan beliau pula sebagai calon Ahli Parlimen.

Ketika menghadiri Pra-Pelancaran Pesta Buku Antarabangsa 2011 yang bakal berlangsung dari 22 April hingga 1 Mei 2011, Pengarah Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Dr. A. Azmi Shaari mengungkapkan bahawa beliau yang saban tahun menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai pengunjung, tiba-tiba terpilih sebagai Pengerusi tetap dan terlibat secara langsung dalam penganjuran PBAKL 2011 atas kapasiti beliau sebagai Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.

Mbah Marijan yang dianggap penyimpan ‘kunci’ Merapi yang pernah dilaporkan enggan berpindah walaupun ketika gunung itu memuntahkan awan panas dan lahar yang meluncur sejauh tiga kilometer, Marijan naik ke gunung itu untuk memohon doa bagi keselamatan penduduk yang tinggal di lereng gunung berapi yang paling aktif didunia itu, itu kisahnya pada tahun 2006 dan khabarnya dilaporkan Mbah Marijan juga tewas dengan ketentuan Ilahi pada letusan terkini beberapa hari lalu.

Akhirnya akur lah kita dengan semua ketentuan Ilahi walaupun kit a cuba sedaya upaya membuat perancangan dan perkiraan mengikut ilmu yang kita pelajari!

Ulasan

minn berkata…
yer..bismillahirrahmanirrahim.."kun fayakun"..
SIS berkata…
Setuju..Setiap yg menimpa ada hikmah..tanda Tuhan sayang kita..Dia x biar kt alpa dgn keselesaan.. manusia sering terlupa...ujian utk hapus dosa2 lalu jika bserah n bsabar..jua utk kt kutip pahala bekalan di 'sana'..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU