BOCOR, TIRIS & LARI BAJET ...

Bulan ini, bulan kesebelas dalam tahun 2010, saya lari bajet. Bajet saya lari sebab ada hal-hal yang tidak dijangka berlaku dalam keperluan harian. Selepas hampir enam tahun berpindah ke rumah saya sekarang dan ditambah dengan lebih tiga tahun selepas rumah saya siap, saya mengalami kebocoran tangki air yang teruk. Bukan tidak pernah saya mengalami kebocoran tangki air sebelum ini, tetapi mampu saya tangkis dengan meminta hanya untuk dibaiki tanpa perlu menggantikan dengan yang baru.

Namun seperti meminjam istilah ‘black Monday’ , tiba-tiba pada pagi Isnin, tangki air saya mengalami kebocoran, air kelihatan menitis dari siling di mana tangki air ditempatkan. Si tukang paip perlu didatangkan bagi melihat masalah ini, dan hasilnya seperti yang dirumuskan tangki air saya tidak mampu lagi untuk diselamatkan. Kos bagi tangki air yang seperti yang sedia ada ialah hampir empat bulan gaji pembantu rumah warga Indonesia (sebelum mereka meminta tuntutan gaji delapan ratus).

Walaupun akan menyebabkan saya lari bajet namun saya terpaksa akur jika tidak mahu melihat ruang tamu rumah saya dibanjiri oleh air bukan bah.

Menonton Buletin Utama di TV3, pada minggu lalu berhubung ketirisan subsidi diesel yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bernilai berbilion ringgit, saya jadi agak termangu kerana ketirisan ini juga semacam ada ‘God Father’nya sehingga begitu licik dan sukar dikesan.

Ketika saya diasak oleh isteri saya lama dulu sewaktu kebocoran yang terakhir beberapa bulan lepas, saya mengelak untuk menggantikan. Apabila isteri saya mendesak dengan mengatakan bahawa akan berlaku kebocoran dan air akan bertakung di siling dan melimpah hingga ke ruang tamu, saya hanya berdiam diri. Selepas pengulangan yang entah kali keberapa, saya dengan selamba menjawab: apa nak heran, Parlimen pun boleh bocor, ini kan rumah aje!

Ulasan

ajis berkata…
biasalah harapkan pagar, pagar makan padi..
saha berkata…
bayangkan kalau parlimen boleh bocor, bagaimana yang lain. .

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU