ANAK BAPAK ...


Itu bukan tajuk filem Allahyarham P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1968, dengan tajuk yang sama. Ini cerita warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang dulunya dinaungi secara tidak rasmi oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) kini mendapat pula perhatian yang lebih menyeluruh dengan penubuhan Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK), segala masalah warga FELDA akan disalurkan kepada pihak yang berkenaan.

ANAK yang diterajui oleh Sdr. Mazlan Aliman selaku Pengerusinya merupakan sebuah NGO yang mewakili generasi kedua dan ketiga anak peneroka FELDA. Namun akhir-akhir ini NGO yang diilhamkan untuk membela kebajikan warga FELDA telah berubah menjadi semacam ‘pressure group’ apatah lagi ianya diterajui oleh Ahli Jawatankuasa PAS pusat.

Betullah, Allah SWT Maha Adil, jika ada malam ada siangnya, jika gelap ada terangnya, jika jantan ada betinanya, jika ANAK ada BAPAKnya. Penubuhan BAPAK yang merupakan biro di bawah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) sangat dialu-alukan kerana ia boleh berfungsi untuk membantu menjelaskan dan menyelesaikan sesuatu isu itu dengan lebih cepat.

Dikhabarkan juga penubuhan BAPAK direstui oleh YAB Perdana Menteri sendiri bagi menyelesaikan isu berbangkit warga FELDA. BAPAK merupakan idea Pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail yang turut berbesar hati menaja segala perbelanjaan yang diperlukan oleh biro berkenaan. Walaupun Felda mempunyai saluran aduannya sendiri, penubuhan BAPAK sangat relevan dalam menangani masalah lain yang dihadapi oleh warga peneroka seperti isu kebajikan dan pendidikan.

Baguslah jika ini matlamatnya, harap-harap akan tidak ada kes BAPAK melawan atau menyaman ANAK atau sebaliknya seperti yang dilaporkan.

Nota Kaki: Selepas ini mungkin anak dan bapak boleh duduk semeja membincangkan kebajikan warga FELDA secara menyeluruh. Tidak perlulah berpuak-puak dan berpihak.

Ulasan

anep berkata…
ha ha ha ....
SIS berkata…
Jgn jadi ANAK BAPAK mcm dlm filem udah le..terlalu diikutkan kehendak dan dimanjakan...
Tanpa Nama berkata…
lepas ni kena tubuhkan "MAK" badan memantau ANAK dan BAPAK

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?