KISAH BUNG MOKHTAR, POLIGAMI & APA DAH JADI ….

Gambar diambil dari sheikyermami.com tapi bukan pegangan saya! Saya cuba mencari pelbagai alasan dan kewajaran apabila membaca berita tentang Datuk Bung Mokhtar yang dituduh di mahkamah atas tuduhan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah. Malah pasangannya pelakon Zizie Izette pula didakwa telah bernikah dengan suaminya tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Daerah Gombak Timur. Sebagai seorang lelaki saya tentulah menyokong penuh tindakan berpoligami yang dilakukan oleh seorang lelaki, apatah lagi oleh orang seperti Datuk Bung Mokhtar, yang saya kira mampu dari segi zahir dan batin. Tetapi Datuk Bung Mokhtar bukan sebarang Datuk, beliau seorang Ahli Parlimen dalam ertikata lain antara insan terpilih yang diamanahkan untuk membuat asas perundangan negara. Pedulilah jika ini adalah masalah peribadi beliau, tetapi sebagai salah seorang ‘law maker’ saya merasa agak terganggu dengan tindakan beliau membelakangi undang-undang malah mengajak dua orang rakannya ‘bersubaha...