PPSMI – KENA TUNGGU LAGI..


Setelah hampir 6 tahun PPSMI diguna pakai, selepas Menteri Pelajaran bertukar dan kini Kementerian Pelajaran mendapat Menteri baru yang dinaikkan martabatnya, ialah Menteri Pelajaran yang baru juga adalah Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya kelompok-kelompok yang mahukan PPSMI dikaji semula atau dimansuhkan atau dikembalikan ke Bahasa Melayu harus menunggu pula kerana Menteri baru masih perlukan input dan pandangan dari pelbagai pihak sebelum membuat sebarang keputusan berhubung PPSMI ini.

Yang menariknya ialah ialah ungkapan oleh Menteri berkenaan bahawa Kerajaan tidak mahu dilihat sebagai ‘flip-flop’ berhubung sesuatu dasar. Ironinya dasar ini dilaksanakan oleh Kerajaan terdahulu dan adalah tidak salah untuk dianggap ‘flip-flop’ sejajar dengan gagasan Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri yang baru - Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.

Sekurang-kurangnya ianya tidak dianggap sebagai ‘flip-flop’ hatta dilihat berapa ramai pula yang menentangnya, jika 5 dari 11 Sasterawan Negara yang masih hidup menentang dasar yang dianggap kurang ‘membantu’ para pelajar! Meminjam kata si Nabil – Raja Lawak, lu pikirlah sendiri!

Ulasan

ustazah berkata…
Salam tuan,rindu rasanya bila tuan tidak ada post yg baru, saya setuju dgn saranan tuan, bukanlah flip flop jika kerajaan mengakui kesilapannya..rasanya rindu saya pada tuan..
tok kidam berkata…
ini suara keresahan kelompok yg mahukan PPSMI dikembalikan ke Bahasa Melayu, t kasih kerana menjadi perakam keresahan ini,negara perlukan lebih ramai seperti tuan..teruskan..hidup Kaki Sakat!
Apakah penantian ini sehingga pertukaran Menteri yang lain pula?
SIS berkata…
salam tn ks..rasanya PPSMI tetap disitu dan pejuang Bahasa juga akan terus berjuang...
anti umno berkata…
biasalah kena kencing ngan umno aje..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?