TOL OH TOL!
Gambar retorik: Penutupan Plaza Tol Salak Jaya pada 24 Feb 2009, ihsan Utusan Malaysia Apabila Hero Hindustan yang menggantikan Hero Tamil sebagai Menteri yang bertanggungjawab mengenai urusan tol di Negara ini mengumumkan penutupan dua plaza tol dalam bulan Februari, saya berpendapat bahawa inilah hadiah terbaik untuk rakyat. Dan si hero Hindustan yang sama pula membuka pintu kepada sesiapa sahaja (baca: bukan rakyat jelata) untuk menyemak perjanjian konsesi yang dahulunya diklasifikasi sebagai Rahsia Rasmi oleh si hero tamil, maka bertambahlah kekaguman kepada pentadbiran dan ketelusan yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri ‘come work with me’ ! Tiba-tiba kurang seminggu daripada penutupan plaza tol di Salak Jaya (dengan titah Kabinet) maka pengumuman kenaikan tol yang bakal bermula 1 Mac 2009 nanti, khabarnya kenaikan ini telah ditangguhkan sejak 14 bulan yang lalu, sepatutnya kenaikan ini ialah pada 1 Januari 2008 dan jika kenaikan itu menjadi realiti pada ketika itu, tentu ki...