PEGUAM VS PENDANDAN RAMBUT – SIAPA JADI PILIHAN?
Semalam
dikhabarkan dalam Parlimen bahawa upah yang diterima oleh Peguam Shafiee bagi
kes Anwar Ibrahim hanyalah RM1000.00 (baca: seribu sahaja).
Bagi
seorang peguam seperti Shafiee, yang terkenal dengan bayaran yang agak tinggi
untuk sebarang kes yang diwakili oleh beliau, tentulah jumlah yang disebut oleh
Menteri di dalam Parlimen hanya akan menjadi bahan lawak.
Peguam
Shafiee mengambil masa agak lama kerana kes Liwat II yang dijalankan khabarnya
antara yang terpanjang dalam sejarah perbicaraan di negara kita.
Beberapa
minggu yang lalu, Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan membetulkan kenyataan
isteri Perdana Menteri yang khabarnya membangkitkan bayaran bagi dandanan
rambut yang sebut oleh Datin Seri Rosmah Mansor iaitu RM1200.00.
Siapa
pun pun tahu, tugas dandanan dan peguam adalah dua jenis tugas ikhtisas, namun
tugas seperti peguam Shafiee mengambil masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun
apatah lagi yang melibatkan kes seperti Liwat II.
Namun
bagi seorang pendandan rambut, khidmat professionalnya hanyalah sekitar 2
hingga 4 jam bagi setiap perkhidmatan.
Jika
pendandan rambut mengenakan bayaran RM1200 bagi setiap sesi khidmatnya, namun
peguam Shafiee hanya dibayar RM1000 sahaja bagi mengendalikan kes Liwat II yang
menyaksikan kejayaan menyumbat ‘sipesalahnya’.
Adakah
peguam Shafiee hanya mengenakan bayaran ‘token’
sahaja kerana populariti yang bakal diraih kerana kes tersebut. Atau adakah peguam Shafiee dibayar RM1000
bagi setiap hari kes tersebut berlangsung atau mungkin juga dibayar RM1000 bagi
setiap jam!
Mungkin
juga peguam Shafiee yang hanya dibayar RM1000 dijanjikan lain-lain imbuhan
misalnya yang bertiup kencang untuk dilantik sebagai Peguam Negara menggantikan
Peguam Negara yang ada sekarang dan bakal bersara, mungkinkah?
Walaupun
peguam Shafiee yang dibayar RM1000 beliau bersedia pula untuk melakukan
jeyarawara ke seluruh pelusok tanah air bagi mempromosi kehebatannya menyumbat ‘si
pesalah’ dalam kes Liwat II, adakah ini juga sebahagian daripada bidang tugas
beliau.
Walauapapun
jika benarlah peguam Shafiee hanya dibayar RM1000 tanpa janji dengan lain-lain
imbuhan bagi tugasnya, sememangnya beliau adalah seorang negarawan tulin yang
membantu dan menyumbang kepada Kerajaan.
Mungkin
kerana pengorbanan tenaga, masa dan wang ringgitnya terhadap negara dan memilih
untuk membantu Kerajaan ketika masa-masa kritikal, maka sewajarnya difikirkan
pelbagai bentuk dan anugerah lain, mungkin juga yang membawa gelaran Tun atau
menamakan jalan malah boleh juga mengubah Penjara Sungai Buloh kepada nama
Penjara Piee Sungai Buloh demi mengenang jasa-jasanya.
Nampaknya
selepas ini, peguam dan pendandan rambut, tentulah ramai yang akan memilih
karier sebagai pendandan rambut yang boleh mengenakan sehingga RM1200 bagi
tugas hanya beberapa jam berbanding tugas seperti peguam Shafiee!
Pun
begitu, lawak yang paling lawak adalah apabila dikhabarkan peguam Shafiee hanya
dibayar RM1000 bagi tugasnya.
Tahniah,
kerana lawak ini bakal mengungguli carta paling lawak di Malaysia untuk
beberapa tahun akan datang!
Teringat saya dialog Papa Zola dalam rancangan animasi tempatan Boboi Boy: "pasal memang suka cari kebenaran, tetapi kebenaran tak pernah cari pasal".
Ulasan