PEGUAM VS PENDANDAN RAMBUT – SIAPA JADI PILIHAN?

Semalam dikhabarkan dalam Parlimen bahawa upah yang diterima oleh Peguam Shafiee bagi kes Anwar Ibrahim hanyalah RM1000.00 (baca: seribu sahaja).

Bagi seorang peguam seperti Shafiee, yang terkenal dengan bayaran yang agak tinggi untuk sebarang kes yang diwakili oleh beliau, tentulah jumlah yang disebut oleh Menteri di dalam Parlimen hanya akan menjadi bahan lawak.

Peguam Shafiee mengambil masa agak lama kerana kes Liwat II yang dijalankan khabarnya antara yang terpanjang dalam sejarah perbicaraan di negara kita.

Beberapa minggu yang lalu, Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan membetulkan kenyataan isteri Perdana Menteri yang khabarnya membangkitkan bayaran bagi dandanan rambut yang sebut oleh Datin Seri Rosmah Mansor iaitu RM1200.00.

Siapa pun pun tahu, tugas dandanan dan peguam adalah dua jenis tugas ikhtisas, namun tugas seperti peguam Shafiee mengambil masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun apatah lagi yang melibatkan kes seperti Liwat II.

Namun bagi seorang pendandan rambut, khidmat professionalnya hanyalah sekitar 2 hingga 4 jam bagi setiap perkhidmatan.

Jika pendandan rambut mengenakan bayaran RM1200 bagi setiap sesi khidmatnya, namun peguam Shafiee hanya dibayar RM1000 sahaja bagi mengendalikan kes Liwat II yang menyaksikan kejayaan menyumbat ‘sipesalahnya’.

Adakah peguam Shafiee hanya mengenakan bayaran ‘token’ sahaja kerana populariti yang bakal diraih kerana kes tersebut.  Atau adakah peguam Shafiee dibayar RM1000 bagi setiap hari kes tersebut berlangsung atau mungkin juga dibayar RM1000 bagi setiap jam!

Mungkin juga peguam Shafiee yang hanya dibayar RM1000 dijanjikan lain-lain imbuhan misalnya yang bertiup kencang untuk dilantik sebagai Peguam Negara menggantikan Peguam Negara yang ada sekarang dan bakal bersara, mungkinkah?

Walaupun peguam Shafiee yang dibayar RM1000 beliau bersedia pula untuk melakukan jeyarawara ke seluruh pelusok tanah air bagi mempromosi kehebatannya menyumbat ‘si pesalah’ dalam kes Liwat II, adakah ini juga sebahagian daripada bidang tugas beliau.

Walauapapun jika benarlah peguam Shafiee hanya dibayar RM1000 tanpa janji dengan lain-lain imbuhan bagi tugasnya, sememangnya beliau adalah seorang negarawan tulin yang membantu dan menyumbang kepada Kerajaan.

Mungkin kerana pengorbanan tenaga, masa dan wang ringgitnya terhadap negara dan memilih untuk membantu Kerajaan ketika masa-masa kritikal, maka sewajarnya difikirkan pelbagai bentuk dan anugerah lain, mungkin juga yang membawa gelaran Tun atau menamakan jalan malah boleh juga mengubah Penjara Sungai Buloh kepada nama Penjara Piee Sungai Buloh demi mengenang jasa-jasanya.

Nampaknya selepas ini, peguam dan pendandan rambut, tentulah ramai yang akan memilih karier sebagai pendandan rambut yang boleh mengenakan sehingga RM1200 bagi tugas hanya beberapa jam berbanding tugas seperti peguam Shafiee!

Pun begitu, lawak yang paling lawak adalah apabila dikhabarkan peguam Shafiee hanya dibayar RM1000 bagi tugasnya. 


Tahniah, kerana lawak ini bakal mengungguli carta paling lawak di Malaysia untuk beberapa tahun akan datang!

Teringat saya dialog Papa Zola dalam rancangan animasi tempatan Boboi Boy: "pasal memang suka cari kebenaran, tetapi kebenaran tak pernah cari pasal".

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
terbaek..
Tanpa Nama berkata…
lpas ni bolehla galakkan anak2 jadi pendandan rambut lak..
SIS berkata…
hahaha...pedas2..utk rambut RM je yg kena rm1200 sbb sakit tangan pendandan tu..tebal sgt...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?