K-POP, JAKIM & PROAKTIF UMNO!
Minggu lepas kecoh mengenai perlakuan segelintir wanita Islam di Malaysia yang ‘merelakan’ di pop oleh kumpulan penari Korea – K-Pop. Malah video perlakuan menimbulkan bukan sahaja kegusaran kepada umat Islam Malaysia malah menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit. Cerita K-Pop bukanlah sesuatu yang baru, dan jika tidak silap antara yang pernah membawa masuk kumpulan K-Pop yang menjadi fenomena seluruh dunia adalah Kementerian Belia & Sukan Malaysia di mana Perdana Menteri Datuk Sri Najib sendiri pernah menjadi tetamu kehormatnya, ketika himpunan jutaan belia beberapa tahun yang lalu. Walaupun kemasukan artis luar negara tertakluk kepada pelbagai peraturan yang jelas, namun sekali lagi penganjur berjaya ‘memperdaya’ umat Islam di Malaysia dengan perlakuan tidak sengaja yang mengguris hati umat Islam. Penganjur pula selepas ini akan memohon maaf beberapa kali dengan gaya Jepun dan umat Islam pula akan lupa selepas beberapa ketika. Khabarnya selepas perlakua...