CHEW MEI FUN BAKAL LAKAR SEJARAH?
Lirik
lagu motivasi Fikirkan Boleh agaknya
menjadi suntikan kepada BN, MCA dan calon yang terpilih untuk mewakili BN dalam
Pilihanraya Kecil N24 Kajang pada 23 Mac 2014 nanti. Liriknya antaranya yang
berbunyi: Jika kau fikirkan kau boleh,
kau hampir boleh melakukan, jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak
menentu. Jika kau fikirkan kekalahan,
kau hampiri kegagalan, jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan!
Naib
Presiden MCA yang juga mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat telah menawarkan diri dan terpilih untuk mewakili BN dalam
Pilihanraya Kecil yang diberikan pelbagai jolokan oleh Pakatan Rakyat.
Pelbagai
jenama yang diberikan kepada PRK Kajang antaranya “Serampang Kajang”, “Langkah
Kajang”, “Percaturan Kajang”, “Rencana Kajang” – semua khabarnya menjurus kepada memberikan
laluan untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor
pasca Pilihanraya Kecil nanti.
Namun
percaturan di Kajang bukanlah sesuatu yang mudah buat Pakatan Rakyat untuk
mempertahankan kerusi yang dimenangi pada Pilihanraya Umum ke-13 pada 2013 yang
lalu dengan kelebihan 6800 undi.
Jika
diteliti semangat dan usaha BN pada PRK Kajang, tentu semua dapat mengagak
bagaimana BN berusaha bersungguh-sungguh untuk merampas kerusi ini. MCA yang baru sahaja menobatkan Presiden
barunya pada Disember yang lalu mengungkapkan akan “"Anwar dengan sengaja adakan pilihan raya kecil ini dan kita tidak
boleh biarkan beliau terlepas. Perlu pastikan beliau, (Anwar) yang menggali
lubang, kita (pula) tanam dia," katanya dalam ucapan ketika Majlis
Pelancaran Bilik Gerakan Induk MCA bagi PRK Kajang di Taman Berjaya.
Malah
Ketua Penerangan UMNO yang begitu berwibawa khabarnya mempunyai senjata paling
ampuh untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang.
Calon MCA pula, Datin Paduka Chew Mei Fun
pula bukannya calang-calang calon, daripada ribuan calon di Selangor dan ramai
pula yang menawarkan diri, tiba-tiba mantan Ahli Parlimen P106 Petaling Jaya
Utara yang menang pada tahun 1999 dan 2004 namun tewas pada PRU ke-12 dipilih
menjadi calon.
Kewibawaan
Chew Mei Fun, tentulah lebih baik daripada mereka yang lain yang memasang
angan-angan untuk menjadi YB misalnya ‘teman tenis’ Anwar Ibrahim yang
bercita-cita mewakili BN dalam PRK N25 Kajang.
Datin
Paduka Chew Mei Fun tewas kepada Tony Pua hampir 20,000 undi pada PRU 2008
apabila mendapat 17,879 berbanding 37,851 yang diperolehi oleh Tony Pua. Sekalipun Datin Paduka Chew Mei Fun tidak
terpilih untuk bertanding pada PRU 2013, namun calon BN Chew Hoong Ling tewas
dengan kekalahan lebih 45,000 undi kepada Tony Pua.
Jika
Pakatan Rakyat hanya diwakili oleh Kerajaan Negeri Selangor, namun Chew Mei Fun
dibantu oleh Kerajaan Pusat dan semua agensi dibawahnya, malah seperti PRK yang
sebelumnya, tentulah semua Menteri dan Timbalan Menteri melalui kementerian
mahupun agensi di bawah kementerian masing-masing akan berlumba-lumba mempamerkan ‘sokongan’ mereka untuk dinilai
dalam KPI oleh pucuk pimpinan khususnya Perdana Menteri dan Timbalannya.
Lazimnya,
pembangkang tidak banyak memenangi PRK di mana sahaja, alasannya adalah mudah
kerana BN akan menggerakkan semua jentera parti dan kerajaan demi memastikan
kemenangan mereka. Malah projek-projek
segera akan berduyun-duyun dilaksanakan dengan alasan ianya telah lama
dirancang.
Maka
apabila MCA melalui Chew Mei Fun bertanding di N25 Kajang, maka usaha MCA untuk
‘menguburkan’ Anwar telah hampir 50% berjaya dan selebihnya adalah daripada
simpati pengundi kepada BN, MCA dan MIC yang memberikan pelbagai nikmat dan
kelebihan kepada rakyat melalui ‘rasionalisasi’ subsidi, kenaikan tariff elektrik
dan agihan BR1M!
Pada
23 Mac 2014 nanti Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakili MCA yang bakal “menguburkan
Anwar” akan melakar sejarah dengan aura dan gaya BN. Selamat menggali!
Ulasan