APABILA PENTADBIR SEKOLAH SEKADAR PAK TURUT
Isu bilik persalinan digunakan sebagai ‘kantin sementara’ pada minggu lalu mencetuskan pelbagai polemik, sehingga Guru Besar sekolah tersebut diarahkan ‘bercuti rehat’ daripada tugasnya. Malah menurut Guru Besar SK Seri Pristana, penggunaan bilik persalinan yang telah diubahsuai daripada sebuah tandas sebenarnya telah dibincangkan bersama dengan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut. Isu tersebut meletus khabarnya apabila tersiar gambar murid-murid bukan Islam makan di bilik persalinan tersebut tersebar secara meluas di laman sosial. Sebagai seorang pentadbir dan pemimpin tentulah Guru Besar tersebut telah memikirkan apa yang terbaik untuk anak murid di bawah jagaannya. Ironinya dalam usaha Kementerian Pendidikan memberikan pelbagai insentif kepada para pentadbir untuk meningkatkan prestasi sekolah mereka tentulah amat memeranjatkan apabila tindakan Guru Besar sekolah melaksanakan amanahnya dicuti rehatkan. Usaha Kementerian Pe...