MERITOKRASI: TIBA-TIBA ORANG MELAYU TERSEDAR!
Pasca Pilihanraya Umum 2013 yang kononnya menyaksikan ‘tsunami Cina’ apabila kaum Cina dikatakan tidak begitu menyumbang dalam kemenangan Barisan Nasional, orang Melayu dan pemimpin Melayu tiba-tiba tersedar dari lena yang panjang. Apa tidaknya, mantan Ketua Menteri Melaka yang secara peribadi dan rasmi seorang yang kuat bekerja, menyokong semua kaum termasuk kaum Cina di negerinya apatah lagi di kawasan beliau sendiri, tiba-tiba tersungkur sehingga beliau mengungkapkan ‘kaum Cina tidak mengenang budi’. Apabila meritokrasi diperkenalkan ketika tahun-tahun akhir Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, saya telah membuat kesimpulan bahawa Dr. Mahathir sebenarnya ‘seolah-olah’ sedang menganiyai bangsa Melayu sendiri. Pemimpin Melayu menganiya bangsanya sendiri. Walaupun kewajaran ketika melaksanakan dasar meritokrasi, ianya adalah sebagai satu kaedah bagi menyedarkan kaum Melayu yang sedang lena dalam ‘zon selesa’,tidak lebih dari itu malah dikatakan hanya bersifat...