BAJET TALIAN HAYAT?
Belanjawan 2013 telah selamat dibentangkan pada Jumaat yang lepas. Pelbagai insentif baru kepada rakyat telah diperkenalkan dalam belanjawan ini. Apa yang menarik mengenai pembentangan pada kali ini adalah apa sahaja yang diumumkan oleh pihak Kerajaan akan dilihat sebagai umpan pilihanraya sama ada disukai atau tidak. Menariknya adalah pembukaan dan perluasan jelapang padi negara yang baru selain di Kedah dan di Selangor adalah di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan. Pembukaan dan perluasan ini akan menghasilkan 104,000 tan metrik dengan penyertaan oleh 12,237 pesawah dan tambahan kawasan seluas 19,000 hektar. Tindakan ini adalah wajar bagi mengurangkan kebergantungan import beras daripada luar. Bantuan BR1M pusingan kedua juga diperkenalkan dengan cakupan pemberian kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2000 dengan bantuan RM250. Selain itu, pemberian rebat pembelian telefon pintar sebanyak RM...