TIBAI - POLITIK TAPAK KASUT & POLITIK TERDESAK ALA MALAYSIA!



Siapa pun tidak perlu untuk bersekolah tinggi, berhutang dengan PTPTN, mempunyai ijazah berjela-jela khususnya di dalam bidang perhubungan awam untuk berfikir secara matang.  Saya sebenarnya merasa amat malu dengan usaha sebuah NGO(k) yang saya kira lebih sesuai dilabel boNGOk, kerana tindakan mereka akhir-akhir ini.

Biarlah saya berterusterang, saya memang merujuk kepada kumpulan yang melancarkan TIBAI yang kononnya untuk menolak individu bernama Anwar Ibrahim.  Saya tidak pasti sama ada boNGOk ini berdaftar secara sah di negara kita, jika ada soalannya adakah pihak-pihak seperti Pendaftar Pertubuhan yang terletak di bawah jurisdiksi Kementerian Dalam Negeri memandang sepi  perkara-perkara semacam ini.

Walaupun parti-parti politik seperti UMNO mahupun gabungan seperti Barisan Nasional kelihatannya tidak terlibat secara langsung kecuali beberapa Senator yang dilantik oleh Kerajaan Barisan Nasional, bolehkah Kerajaan Barisan Nasional berlepas tangan dan menganggap bahawa usaha itu adalah oleh sebuah boNGOk!

Sama ada kita sedar atau tidak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditujukan oleh kumpulan penyokong TIBAI ini ialah seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, merupakan Ketua Pembangkang yang mempunyai taraf yang sama dengan Perdana Menteri daripada segi protokolnya.  Malah sebagai Ketua Pembangkang, beliau menerima keistimewaan termasuk elaun Ketua Pembangkan kerana ianya satu jawatan yang diiktiraf oleh Parlimen dan Kerajaan.  Di samping bertindak menyatukan suara pembangkang di Parlimen , Ketua Pembangkang berfungsi sebagai suara ‘check and balance’ terhadap sebarang dasar Kerajaan pemerintah. 

Jika orang-orang dangkal politik seperti dua orang Senator lantikan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan seorang Ahli Parlimen memilih untuk menidakkan demokrasi tuntutan rakyat, maka saya tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa mereka-mereka inilah sebenarnya mempraktikkan politik terdesak dan politik tapak kasut.

Kita tidak perlu untuk bersekolah tinggi, berhutang dengan PTPTN  mempunyai ijazah berjela-jela untuk berfikir secara rasional bahawa tindakan seperti TIBAI sebenarnya merugikan Kerajaan Barisan Nasional, malah meletakkan YAB Perdana Menteri dalam kedudukan yang amat sukar dan memalukan.

Jika seorang Ketua Pembangkang, seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat di sebuah negara demokrasi pun boleh diTIBAI, saya percaya Ahli-ahli Parlimen dan Kerajaan yang memilih untuk berdiam diri harus ditolak pola politiknya!  Walaupun ahli parlimen dan boNGOk ini sebenarnya hanya menyuarakan pandangan politik sempit mereka, rasanya rakyat Malaysia tidak begitu bodoh untuk menerima politik tanpa adab dan murahan seperti itu.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bongok2 merendahkan mentaliti rakyat malaysia - setuju dgn tuan ks..
anak ikan berkata…
tibai @ cibai memalukan!
barajiwa berkata…
Ada dua pemerhatian silam yang terlintas dalam kepala: "Baling batu sembunyi tangan" dan "Sokong membawa rebah". Semakin banyak usaha seperti ini dilakukan, semakin baik. Semakin riuh segala mantan keluar di pelbagai forum, seminar dan dalam semua media mereka, semakin baik. Kita doakan para penyokong tegarnya sedar, apabila program ini sentiasa dilakukan. Wallahuklam.
haji manap berkata…
syabas tulisan ini sebnar suara ramai org spt saya yg diperlekehkan kematangan politiknya!
Tanpa Nama berkata…
nalla, ezam kotak yg patut ditibai..
SIS berkata…
dah nama pun politik...byk politikus2 ( atau lebih sedap disebut tikus-tikus )yg merayap2 cari keuntungan sendiri...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?