DUA KALI LIMA

Ketika pulang ke kampung di utara tanah air beberapa tahun lalu, saya tiba-tiba sahaja merasa amat sebak melihat masjid Kampung Naga di Kepala Batas yang telah berubah wajah dengan bangunan yang baharu. Bangunan baharu menggantikan masjid lama yang dirobohkan sama sekali dan didirikan masjid yang baharu ditapak tersebut. Saya merasa sebak kerana di masjid lama inilah saya mengadakan majlis akad nikah saya.

Akhir-akhir ini saya terkesan terdapat kecenderungan merobohkan masjid-masjid lama atas pelbagai alasan dan digantikan dengan bangunan yang baharu. Saya bukanlah seorang yang anti pembangunan dan pemodenan. Namun apabila warisan dalam bentuk masjid, madrasah malah apa sahaja dirobohkan sewenang-wenangnya seolah-olah diberikan ‘lesen’ untuk memadam sejarah sesuka hati.

Kejadian merobohkan masjid dan madrasah bukan sahaja dilakukan oleh pihak kerajaan malah oleh negeri yang ditadbir oleh pembangkang. Kisah Madrasah Salihiah, Kancut di Jalan Tambang Badak, Alor Star yang khabarnya berusia lebih 100 tahun bakal dirobohkan untuk membina kompleks perniagaan. Malah tindakan ini telah dikecam hebat oleh Pergerakan Pemuda UMNO yang menyifatkan Kerajaan Negeri Kedah sebagai bodoh dan tidak berpandangan jauh.

Pemuda UMNO seperti yang diungkapkan oleh Ketua Penerangannya menyelar tindakan Kerajaan Kedah pimpinan PAS yang sepatutnya memelihara warisan sejarah Islam di negeri itu dan bukannya memusnahkannya untuk tujuan komersil.

"Perkembangan itu sangat membimbangkan semua pihak dan ia menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri Kedah tidak tahu menilai sejarah kedatangan Islam ke negara ini," – Datuk Reezal Marican, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia.

Kes Madrasah Salihiah tidak berakhir di situ, Timbalan Pengerusi Madrasah tersebut telah memfailkan injunksi bagi menghalang usaha merobohkan madrasah ini di Mahkahmah Tinggi Alor Star yang akan didengar pada 10 April nanti.

Di Sarawak pula kini kecoh dengan usaha untuk merobohkan Masjid India yang diberi nama baru sebagai Masjid Bandar Kuching.

Masjid ini yang dibina pada tahun 1834 khabarnya terpaksa dirobohkan kerana struktur bangunannya yang tidak selamat dan membahayakan jemaah. Malah kenyataan ini disanggah oleh pecinta warisan di negeri ini. Jika benar, ini adalah keadaannya, Kerajaan Negeri Sarawak sepatutnya mendapatkan nasihat pakar berhubung aspek ini bagi memberikan ketelusan kepada keputusan yang mereka ambil.

Masjid India ini yang berusia hampir 180 tahun yang merupakan warisan sejarah dan antara masjid yang terawal dibina di negeri ini bakal menyembah bumi jika tiada usaha dibuat bagi menyelamatkannya.

Apakah tindakan Persatuan Sejarah Malaysia khususnya Cawangan Sarawak berhubung perkara ini. Mungkin Kluster Sejarah, Warisan & Sosiobudaya Majlis Profesor Negara yang diketuai oleh Profesor Datuk Dr. Zainal Kling perlu menyuarakan pandangan berhubung usaha-usaha untuk ‘memadamkan’ sejarah atas nama pembangunan.

Memandangkan tidak terdapat Pergerakan Pemuda UMNO di Sarawak mungkin Pemuda Barisan Nasional sepatutnya mengutuk sekeras-kerasnya usaha merobohkan Masjid India di Bandar Kuching atau memilih untuk tidak berkokok mengenai isu merobohkan masjid di Sarawak ini dan menganggapnya sebagai perogratif kerajaan negeri, jika ini adalah pendirian mereka, maka sama ada kerajaan mahupun pembangkang sama sahaja! Dua kali lima. Malah lebih teruk lagi jika mereka dilabel pula sebagai ‘double standard’!

Ulasan

mmmmmmmmmm berkata…
double-standard indeed.

Tak berani sbb fixed deposit, eh!
Tanpa Nama berkata…
sedihnya masjid diroboh sesuka ati..
Tanpa Nama berkata…
masjid ganti masjid xper.. jgn masjid ganti pasar raya... x salah yg lame gnti baru... btul x?

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?