PESTABUKU, DUDUK , BANTAH & BACA!


Esok akan bermula Pesta BukuAntarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)  Edisi ke-31yang bertemakan “Buku: Dunia Tanpa Sempadan”. Khabarnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun lepasmencatatkan bilangan pengunjung seramai 1.7 juta orang.


PBAKL 2012 ini akan berlangsungdari 27 April hingga 6 Mei 2012.  PBAKLkali ini diharap akan mampu mencapai bilangan pengunjung yang tinggi di sampingmencatat jualan yang memberangsangkan juga. Ironinya walaupun PBAKL sentiasa mempunyai ramai pengunjung namunakhirnya, para penjual dan penerbit yang menyertainya akan mengeluh dengannilai jualan yang tidak memberangsangkan. 

PBAKL kali ini juga menyaksikan tujuh daripada sepuluh hari PBAKL iniberlangsung pada hujung minggu yang dimulai dengan hari Jumaat (27,28,29 Aprildan 4, 5, 6 Mei) ditambah pula cuti umum Hari Pekerja pada 1 Mei (Selasa).  Jadi jika penganjur mengimpikan pertambahanbilangan pengunjung sehingga 30%, nampak tidak mustahil.

Pada hari kedua PBAKL 2012, akanberlangsung pula Demo Bersih 3.0 yang akan diketuai oleh SN/SR A. SamadSaid.  Penganjur Bersih 3.0 pulamensasarkan himpunan Duduk & Bantah oleh seramai mungkin dan dianggarkanlebih 500,000 bakal membanjiri Dataran Merdeka (pedulilah jika dataran tersebuttidak boleh digunakan oleh rakyat yang merdeka).

Demo Bersih 3.0 adalah rentetandaripada siri 1 dan 2 yang telah diadakan pada 10 November 2007 dan 9 Julai2011.  Selepas hampir lima tahun DemoBersih 1.0 berlangsung dan diikuti pula oleh PRU 12 pada Mac 2008, sebenarnyatidak banyak yang berubah dan diubah oleh SPR kecuali mengubah hal-hal yangdianggap remeh dan tidak termasuk di dalam tuntutan asas oleh penganjur Bersih.

Bersih 2.0 menggariskan tuntutan22 perkara, namun hanya sedikit sahaja yang dipilih oleh SPR untukmelaksanakannya malah hal-hal yang mendasar seperti daftar pemilih yangmeragukan tidak pula diberi perhatian serius secukupnya.

Walauapapun  PBAKL 2012 dan Demo Bersih 3.0sekurang-kurangnya mempunyai sedikit persamaan, PBAKL 2012 menggalakkan budayamembaca manakala Demo Bersih 3.0 akan dipimpin oleh Pak Samad yang kita semuatahu seorang yang cintakan buku dan ilmu. Cadangan saya kepada para peserta Duduk & Bantah ialah jangan lupamembawa senaskhah buku untuk dibaca, sekurang-kurangnya mengambil semangat daniktibar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
cun!
Tanpa Nama berkata…
Salam.

Juga jangan lupa, sebelum atas selepas itu kita pergi Pestabuku!
CT berkata…
saya suka yg ini..Duduk Bantah Baca!
anep berkata…
InsyaAllah akan hadir ke dua2 acara ..hidup Bersih!
SIS berkata…
apa kata kita duduk dan baca saja kat Dataran tu...adakah akan dicop bantah?..kalau ada org yg menganggap itu bantah..org itu mmg patut dibantah..
SIS berkata…
cuba tanya diri kita..pemerintah Malaysia ni zalim ke macam kat mesir ..nak tumbangkan kerajaan kononnya dgn demontrasi jalanan..memburukkan negara sendriri dimata dunia..itukah tindakan rakyat yg sayangkan negaranya...tak sayang ke pada keamanan yg telah dikecapi selama ini..kenapa nak diporakperandakan..
.ikut la cakap si ambiga tu..dia yg nak halalkan biseksual..nak halalkan lelaki kwin sejenis..apa nii..org mcm ni ke kita nak jadikan pemimpin..mana pemimpin besar2 yg sibuk suruh buat demo bersih tu..semua lari..tinggallah balaci2 yg tanggung semua..org melayu pulak tu yg kena..malulah... melayu balik la kepangkal jln..jgn melayu hilang di Tanah Melayu sendiri..tgk Singapura yg asalnya tanah melayu..apa dah jadi..skrg tgk penang plak..apa dah jadi dgn melayu..bangunlah melayu2...bangunkanlah bangsa mu..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?